Nona Best Innovative F&B Business Award : MyeongDong Topokki
Impian rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan jalanan Korea dengan hadirnya MyeongDong Topokki. Sehingga kini terdapat 50 outlet, MyeongDong Topokki juga perintis konsep makanan baharu di Malaysia.
Memulakan perniagaan pada usia 29 tahun, sememangnya kejayaan Ketua Pegawai Eksekutif Cravito Holding, Vincent Lua ini benar-benar menyuntik inspirasi. Bakal meluaskan empayar niaga ke Asia Tenggara, inovasi merupakan nilai utama yang menjadi pegangan usahawan ini.
Beliau adalah penerima Nona Best Innovative F&B Business Award sempena Nona Superhero Awards 2021.
#majalahnona
#nonasuperhero
#nonasuperheroaward