NSA 24 – Tan Sri Nor Shamsiah Yunus – Nona Superwoman Award
Wanita besi di sebalik cabaran krisis ekonomi fasa pandemik. Jasa bakti Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang merupakan Gabenor Bank Negara ke-9 (2018 – 2023) menyaksikan penghormatan tertinggi terhadap keupayaan wanita Malaysia, khasnya ketika berdepan ekonomi Malaysia yang kritikal ketika itu.
Jasa dan sumbangan ibu anak satu ini menitip inspirasi. Berusia 60 tahun, isteri kepada pakar urologi dan ibu kepada seorang pakar perubatan berjaya ini membuktikan pencapaian luar biasa wanita. Wanita hebat yang menerima anugerah utama Nona Superwoman Award 2024 tersebut ingin terus mencurahkan bakti, menabur jasa kepada bangsa dan negara.
Nona Superwoman Award 2024 kembali untuk edisi keempat mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan wanita melalui pelbagai kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya serta latar belakang.
#majalahnona
#nonasuperwomanaward2024
#nonasuperwomanaward
#nonasuperwoman