Nuex | Nona Top Beauty Entrepreneur
Muhammad Khairul Anwar bin Rosli, lebih dikenali sebagai Nuex Rosli bukan sahaja seorang jurusolek profesional, malah merupakan seorang usahawan dan genius sains yang menghasilkan produk kosmetiknya Nuex Cosmetics melalui kaedah penyelidikan yang dilakukan secara berterusan.
Melihat empayar perniagaan yang diasaskan kini berkembang maju dan memenuhi ciri-ciri kosmetik sesuai untuk kulit rakyat Malaysia, tidak hairanlah mengapa Nuex Rosli terus menjadikan tahun 2020 ini untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya.
Pemegang Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Genetik, Nuex menjadikan industri solekan ini sebagai satu industri yang menjana pendapatan lumayan sehingga bergelar usahawan!
#majalahnona
#nonatopbeauty
#nonatopbeautyenterpeneur
#nuexcosmetics