Ads
Home Paduka Kakanda Tengku Arif Bendahara Ketuai Istiadat Pertama Majlis Perkahwinan Diraja

Paduka Kakanda Tengku Arif Bendahara Ketuai Istiadat Pertama Majlis Perkahwinan Diraja

Penuh kesantunan dan adab kesopanan, Majlis Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bermula hari ini dengan upacara Istiadat Meletak Kerja di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Tambah bermakna, Paduka Kakanda iaitu Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah mengisytiharkan majlis dengan diiringi Tengku Panglima Perang, Leftenan Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mu’adzam Shah.

Usai membacakan Watikah Pengisytiharan Istiadat Meletak Kerja, sebanyak 16 das tembakan meriam dilepaskan diikuti upacara menaikkan Bendera Istiadat Meletak Kerja dan bacaan doa ✨

Sumber: TT tengkupanglimaraja

#majalahnona



Video Berkaitan





Kisah Kariku ×