Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Berangkat Tiba ke Sambutan Hari Wanita
Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah ke Majlis Santapan Diraja Sambutan Hari Wanita ke-63 di ibu negara.
Majlis bersejarah anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) ini turut disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan The Asia Foundation.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah; Yang Berhormat Menteri Dato’ Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Dato’ Seri Dr Noraini Ahmad serta Yang Dipertua NCWO, Prof Emirata Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah Hapsah.
Tema tahun ini mengangkat isu ‘Penjagaan Ehsan dalam Masyarakat Penyayang’ ✨
#majalahnona
#nonasuperwoman