Ads
Home Permaisuri Thailand & Malaysia Berkenan Berangkat ke Islamic Fashion Festival

Permaisuri Thailand & Malaysia Berkenan Berangkat ke Islamic Fashion Festival

Kejelitaan Raja Permaisuri Thailand dan Raja-raja Permaisuri Malaysia yang berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Gala IFF 2024 di Bangkok, Thailand hujung minggu lalu. Julung kali dapat melihat Baginda Raja Permaisuri secara dekat, siap berkenan menyanyi lagi!

Turut berangkat selain Raja Permaisuri Thailand, Permaisuri Suthida ialah KPDB Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin, KDYMM Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra, YMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis serta kaum kerabat diraja Malaysia.

Islamic Fashion Festival diasaskan oleh YBM Tengku Seri Kelana D’Raja, Dato’ Raja Rezza Shah untuk mempromosikan busana fesyen berunsur Islamik dengan menerapkan elemen kesederhanaan sesuai untuk digayakan oleh wanita moden ✨

#majalahnona



Video Berkaitan