No video available
Pernah Alami Keguguran Awal Penglibatan Bisnes, Fazlia Akma Berjuang Untuk Rezeki
Walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan, finalis Pencarian NONA SUPERWOMAN ini menggunakan pengalaman dalam bidang pemasaran dan jualan sebagai pertaruhan untuk terjun ke dunia perniagaan.
Fazliatul Akmar Zainudin memperkenalkan produk pencuci hijab yang kurang diberi perhatian empat tahun dahulu. Namun keberaniannya mencuba nasib dalam perniagaan ini membuahkan hasil dalam jangkamasa yang singkat.
@fazliaakma bakal bersaing dalam rancangan Pencarian NONA SUPERWOMAN 2021 di ASTRO PRIMA bermula 22 September setiap Rabu jam 9.00 malam.
Rancangan ini dibawakan oleh NU Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah NONA, diperkasakan oleh Usanita.