Pernah Hidup Susah Ketika Hamil, ASYALLIEE Jual Aset Untuk Mulakan Bisnes!
Tidak mahu anak-anak merasai kehidupan susah yang pernah dilaluinya sebelum ini, Asyalliee dan suami tekad menjual aset-aset yang ada termasuk motosikal, baju dan beg tangan hanya untuk meneruskan kehidupan. Anak-anak menjadi ‘Big Why’ wanita yang mesra disapa Asya ini untuk terus bangkit menghadapi apa jua cabaran.