“Saya pernah menyeberang Sungai Sarawak, pasa usia 14 tahun…” – Dato’ Sri Nancy Shukri
Mendekati figura politik hebat ini sememangnya membuka mata. Wanita tidak lagi lemah, bukan lagi sekadar mendengar dan mengikut telunjuk. Benarlah apa dikata, jangan dicabar tangan yang menghayun buaian, bisa mengoncang dunia.
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 yang disambut hari ini, NONA berbesar hati mendekati YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mengajukan 50 soalan pada beliau.