Superwoman Talk Bersama Datuk Junaidah Kitting
Masih ingat lagi dengan jenama kecantikan DE’WAJAH yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu? Inilah wajah terkini pengasasnya, Datuk Junaidah Kitting atau mesra digelar sebagai Kak Jun. Beliau merupakan pioneer syarikat kosmetik Bumiputera terawal di Malaysia. Walau kini berusia 63 tahun, ibu anak 4 ini masih meletakkan komitmen yang tinggi terhadap empayar bisnesnya agar terus relevan dengan situasi semasa. Dengarkan tip bisnes daripada ikon usahawan hebat ini.