Tinjau Banglo Wak Doyok, Kenang Zaman Susah Gaji RM5 Dahulu & Syarat Ketat Jadi Menantu Ibu!
Pertama kali menjejakkan kaki ke banglo Wak Doyok, teruja kami melihat keindahan dekorasi berkonsepkan kolonial moden. Macam muzium Inggeris, tak sangka ada rumah secantik ini di kawasan kampung! Paling seronok ibu Wak Doyok iaitu Puan Siti Fathonah, cukup baik orangnya dan jamu macam-macam makanan, memang terasa betapa manjanya dua beranak ini di rumah.
Selain rajin berusaha, rahsia kejayaan Wak Doyok sebagai usahawan sebenarnya terletak pada doa ibu tercinta. Sebagai anak bongsu, kesenangan beliau hari ini membuatkan keluarganya bahagia. Cuma tertanya-tanya juga… Bila Wak Doyok nak berumah tangga?
#majalahnona
#inspirasinona