Warisi Bisnes ‘Pest-Control’ Arwah Abah, Nadiya Nisaa Akui Ralat “Bila Dia Dah Pergi Baru Saya…”
Masya allah, sebak mendengar perkongsian Nadiya Nisaa yang mengakui kehilangan insan tersayang masih meninggalkan kedukaan di hatinya. Pemergian arwah bapa sekitar tahun lepas di bumi Madinah cukup memeritkan.
Lantas, Nadiya Nissa membuat keputusan untuk meneruskan legasi perniagaan kawalan perosak yang diusahakan arwah bapa sejak 30 tahun lepas, dan menganggapnya satu peluang untuk mengenang pengorbanan sosok seorang lelaki yang banyak berkorban membesarkan mereka adik beradik, sekaligus menjadikan dirinya seorang usahawan.