Vie Shanti Perkenal Anak Keempat, VIE RAISSA Pada Hari Ketujuh Kelahirannya

Nampaknya kehadiran tahun 2020 telah membuka lembaran baru buat Usahawan Muslimah cantik, Vie Shantie Khan ini apabila baharu saja melahirkan anak keempat pada 2 Januari 2020 lalu.

IKLAN
IKLAN

Vie Shanti turut berkongsi khabar gembira ini melalui laman media sosialnya, “Syukur Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT. Saya ingin berkongsi khabar gembira bahawa pada 02.01.2020 saya telah pun selamat melahirkan Baby Girl seberat 2.54kg pada jam 11.00 pagi,” kata pemilik busana Muslimah VHijrah ini.

Kegembiraan Vie Shanti terserlah sebaik sahaja melihat dekorasi milik puterinya itu. Redup saja mata memandang saat melihat dekorasi bilik milik si manja ini, cantik dan tersusun kemas. Pilihan rona lembut dan susun atur yang selesa benar-benar mencipta suasana. Tengok sahaja bilik beradunya.

Vie Shanti juga telah mengikut sunnah dengan menamakan anak keempatnya selepas tujuh hari dilahirkan. “Bersempena mengikut Sunnah dan Adap Sunat untuk memberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya dan kami telah pun memenuhi Aqiqah Qurban sekali dengannya pada hari ini.

Ibu kepada empat orang anak ini juga telah berkongsi maksud puteri kesayangannya itu. “Dengan izin Allah SWT, kami suami isteri memilih nama ini semasa dia masih tujuh bulan dalam kandungan di Mekah Al Mukaramah pada October 2019 semasa kami berdua mengerjakan Umrah.

Foto: Instagram @zareefyousofofficial

‘RAISSA’ membawa maksud ‘YANG BERIMAN’ dan ‘VIE’ pula adalah simbolik dari nama saya untuk ke semua anak-anak perempuan saya. Memperkenalkan puteri kecil ahli baru keluarga saya dan suami ‘VIE RAISSA’.

Foto: Instagram @zareefyousofofficial

Semoga Vie Raissa menjadi anak yang beriman seperti indah namanya. Selalu membahagiakan orang-orang sekelilingnya dan semoga Vie Raissa menjadi hamba Allah SWT yang bermanfaat kepada insan lain. Mumy doakan agar Raissa selalu dalam Perlindungan dan Rahmat Allah SWT disepanjang hayat Raisaa, inshaa Allah,” coret Vie Shanti yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Dato’ Sri Eizlan Yusof mempunyai tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Abang dan kakak kepada Vie Raissa juga begitu gembira berjumpa dengan adik mereka. Kongsi Vie Shanti lagi, “Air mata gembira dari Kakak Vie Zaara, Abang Zareef Yusof dan Kakak Vie Zaalia sangat menyentuh hati Mumy apabila kali pertama mereka bertentang mata melihat adik lahir dengan sempurna.

Mempunyai gabungan wajah daripada mereka tiga-beradik, menjadikan satu hospital riuh-rendah dengan suara excited yang tidak boleh disembunyikan lagi,” catat Vie Shanti lagi.

Foto: Instagram @vieshantikhan