MasyaAllah, terpegun tengok kecantikan anak gadis Vie Shantie Khan dan bekas suami, Dato’ Sri Eizlan Yusof. Seindah namanya iaitu Vie Zaara Khan begitu juga indahnya rupa paras dan penampilan anak selebriti terkenal ini. Tidak dinafikan, makin meningkat dewasa makin terserlah aura dan kejelitaannya.
Terbukti buah hati Vie Shantie dan Dato’ Sri Eizlan ini mewarisi gen terbaik daripada kedua-dua ibu bapa. Alhamdulillah!
Penampilan gadis berkenaan ketika menyambut 1 Syawal lalu kembali menjadi bualan dalam kalangan followers setia Vie Shantie dan Dato’ Sri Eizlan di media sosial.
Vie Zaara Anak Gadis Vie Shantie & Dato’ Sri Eizlan Yusof
Menerusi perkongsian gambar di pagi Raya yang dimuat naik pengasas V Hijrah itu, Vie Zaara kelihatan mempersona dalam persalinan peplum rona hitam keemasan sedondon dengan ibu dan adik-beradik tersayang.
Titip Vie Shantie, “My first born Vie Zaara on the first day of Syawal.”
Ads
Tidak hanya dikurniakan raut wajah cantik penuh kelembutan, anak selebriti ini juga cemerlang dalam akademik dan fasih berbahasa Arab.
Gaya ‘classy’ Vie Zaara terserlah walaupun dia sekadar mengenakan aksesori minimalis dan solekan nipis. Kulit putih gebu dan mulus dimiliki anak sulung daripada empat beradik ini juga menjadi dambaan ramai wanita.
Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan selebriti, kenalan dan ahli keluarga Vie Shantie menzahirkan rasa teruja melihat wajah terkini Vie Zaara dan memuji kebaikan anak ini yang dididik dengan penuh kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa.
Ads
Dato’ Sri Eizlan Yusof turut tidak terkecuali meninggalkan komen, ‘Anak daddy,’ di posting anak perempuan sulungnya itu.
Meskipun aktor berkenaan sudah pun berpisah dengan Vie Shantie namun mereka masih menjalin hubungan baik demi anak-anak tersayang.
Begitu juga Vie Shantie yang mempunyai seorang lagi anak perempuan diberi nama Vie Raissa hasil perkongsian hidup dengan ahli politik iaitu Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tersebar wajah cantik adik-beradik perempuan Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin. Keempat-empat adik-beradik kandung ini tampak cukup anggun berhijab dan menerusi gambar berkenaan juga jelas terserlah keayuan masing-masing. Sampai menjadi bualan peminat dan tular di media sosial kebelakangan ini.
Daripada perkongsian Ella di Instagram miliknya, foto tersebut diambil ketika mereka keluar makan tengah hari bersama-sama. Rata-rata peminat berpendapat anak kepada pasangan Allahyarham Aminuddin dan Yang Asmah Yong ini memiliki raut wajah yang hampir sama. Malah, ruangan komen di Instagram Ella dihujani dengan kata-kata pujian peminat dan rakan artis.
Dalam gambar viral itu, Ella memakai tudung berwarna biru sementara Jojie dan Datin Saidatulnisa mengenakan hijab merah jambu dan kelabu. Manakala seorang lagi kakak kesayangan Ella, Shahrizan yang duduk di sebelahnya memakai tudung rona hijau lembut.
Adik-beradik Ella AminuddinKakak Ella, Datin Saidatulnisa
Ella atau nama penuhnya Norzila Aminuddin merupakan anak kelima daripada enam beradik dan kini berusia 54 tahun. Kakak sulungnya, Datin Saidatulnisa Aminuddin ialah seorang jurusolek ternama dan solekan beliau sering menjadi buruan golongan VIP. Antara individu kenamaan yang pernah ditatarias Datin Saidatulnisa ialah DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Salah seorang kakak Ella yang dilihat sentiasa menemaninya ke mana saja ialah Jojie Aminuddin. Jojie atau nama sebenarnya Rozita Aminuddin kini berusia 55 tahun dan mempunyai seorang anak angkat comel dikenali sebagai Maryam.
Seorang lagi kakak Ella ialah Shahrizan Aminuddin. Berbanding Datin Saidatulnisa dan Jojie, Shahrizan seorang yang low profile. Ella juga mempunyai seorang adik lelaki bernama Azahari Aminuddin atau dikenali sebagai Korie yang turut bergelar penyanyi.
Pembabitan Ella dalam dunia hiburan bermula sejak tahun 1985 dan sehingga ke hari ini Ella berjaya mempertahankan gelarannya sebagai Ratu Rock Malaysia. Pada tahun 2012, Ella sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang bernama Azhar Husaini Ghazali.
Disifatkan seorang selebriti yang manja dan lemah-lembut, penampilan Ella dikagumi ramai sejak dia memutuskan untuk berhijab pada tahun 2016. Pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah ini juga mempunyai seorang anak angkat, Shanome Az Zahra.
Sebagai penghidap kanser limfoma dan masih menjalani rawatan radioterapi di pusat perubatan, keadaan kesihatan Elyana sering menjadi tumpuan peminat.
Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 33 tahun, baru saja menyelesaikan sesi radioterapi kelima pada 31 Julai lalu dan perlu banyak berehat bagi memulihkan kesihatannya.
Kesempatan berehat itu turut diambil untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak-anaknya, Cinta Sumayyah, 10 tahun dan Cahaya Ramadhani, 2 tahun yang kebetulan jatuh pada bulan yang sama.
Cinta Sumayyah
Cahaya Ramadhani
Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, kasih sayang Elyana terhadap puteri-puterinya diabadikan melalui penulisan. Penyanyi Kalis Rindu yang juga isteri kepada Khairul Anuar Husin itu juga turut mengadakan parti kecil-kecilan buat menggembirakan si kecil di rumah.
Terasa betapa keakraban inilah yang menjadi kekuatan Elyana sepanjang dia berjuang melawan penyakit kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu. Support system Elyana mungkin antara kekuatan yang dipegangnya agar terus bertahan untuk sembuh.
Paling suka tengok wajah anak gadis Elyana ni, cantik betul macam ibunya!
“Please jaga kesihatan ok… Makan supplement yang boleh kuatkan immune system. Kalau kita sakit, duit berjuta pun tak boleh beli kesihatan yang baik” Elyana
Dua minggu lepas, Elyana turut berkongsi bahawa ibu dan adik lelakinya disahkan positif COVID-19. Situasi ini pasti membuatkan hatinya luluh dan tidak berhenti-henti mendoakan kesembuhan buat ahli keluarga tercinta.
Dalam masa yang sama, Elyana tidak melupakan jasa peminat yang sentiasa mendoakan kesembuhannya sewaktu dalam rawatan.
“Terima kasih kerana sudi mendoakan saya dan tak henti memberi kata-kata semangat. Semoga segala kebaikan ini, berbalik kepada awak semua…”
Semoga semuanya baik-baik sahaja dan Elyana terus kuat semangat mengharungi ujian yang menimpa diri serta ahli keluarganya.
Sumber: @elyanaofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar selebriti apa yang dipaparkan mungkin tak seindah apa yang dibayangkan. Kita sering melihat selebriti tampil cantik dan bergaya sempurna di khalayak umum. Disebalik ‘kesempurnaan’ itu mereka juga manusia biasa yang mengalami masalah sama seperti wanita-wanita diluar sana.
Siapa sangka ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai ‘struggle’ tersendiri dalam memastikan kesihatan rambut terjamin disebalik helaian tudung yang digayakan. Ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah rambut rosak dan tudung mengeluarkan bau kepam yang kurang enak.
Jangan Buat Perkara Yang Satu Ini! – Elfira Loy
Menyedari dia antara artis yang sudah lama bertudung dan menutup aurat, Elfira memberitahu salah satu tip yang boleh dikongsi khusus untuk wanita berhijab, setelah menyuci rambut dengan syampu, anda perlu pastikan rambut betul-betul kering dan tidak boleh terus pakai hijab dalam keadaan rambut basah.
“Walaupun kita sudah jaga rambut sebaiknya dan benda ini patut dielakkan. Ramai yang lupa kerana mahu cepat bergegas ke tempat kerja atau aktiviti lain. Dan bagi yang bekerja 12 jam sehari pula cuba cari masa untuk biarkan rambut anda bernafas. Inilah tip yang memang El amalkan sejak mula berhijab beberapa tahun lalu.
“Biasanya untuk seminggu tu tiga kali saja El bersyampu dan waktu inilah El akan cuci kelemumur pada kulit kepala. El juga akan pastikan guna conditioner pada rambut dan kemudian pastikan rambut kering sebelum memakai hijab,” ujarnya ketika ditemui team NONA pada sebuah majlis di Usj, Subang.
Elfira Syorkan Syampu Ini Untuk Pelihara Kesegaran Rambut Wanita!
Elfira Loy turut mendedahkan sepanjang berhijab dia amat selesa memilih Rejoice Hijab Perfect Cool untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya, kerana sukakan bauan segar.
“El betul-betul jatuh cinta dengan syampu ini. Bila El basuh rambut pada waktu pagi, El benar- benar terkejut dengan kebersihan dan sensasi kedinginan ditambah dengan bau bunga Kasturi yang sangat menyegarkan.
“Jadi El tak kisah kalau seharian berada di luar dengan persekitaran yang lembap dan terdedah kepada cahaya matahari dan debu pada waktu yang lama. Rambut dalam tudung El masih bersih, sejuk dan segar.
“El sangat gembira dengan produk ini dan nak syorkan produk ini kepada wanita-wanita bekerjaya yang perlu memakai tudung seharian di luar sana!”, ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.