Nama Diyora Keldiyorova menjadi bualan ramai di pentas Olimpik Paris 2024 selepas kejayaannya menumpaskan jaguh judo Jepun, Uta Abe yang juga merupakan juara dunia empat kali dan pemenang pingat emas Olimpik di Tokyo pada 2021.
Kekalahan mengejut di tangan atlet kelahiran Uzbekistan ini menjadi perhatian dunia sekaligus melonjakkan populariti Diyora dalam arena sukan judo.
Lebih bermakna, bintang judo berusia 26 tahun berkenaan turut melakar sejarah sebagai atlet wanita pertama Uzbekistan memenangi pingat emas Olimpik dalam sukan tersebut.
Tak dinafikan selepas bergelar juara Judo individu wanita kategori 52 kilogram itu, peminat sukan dunia mula mengenali Diyora Keldiyorova dan mahu mengetahui latar belakang figura sukan yang kian meningkat naik ini.
Diyora atau lebih mesra disapa Diya genap meniti usia 26 tahun pada 13 Julai lepas. Dia juga dilahirkan di Samarkand, Uzbekistan.
Atlet cantik ini juga sudah mendirikan rumah tangga dengan Azamat Matyakubov yang turut merupakan atlet judo Uzbekistan pada Ogos 2022.
Ads
Diya menerusi media sosial meluahkan rasa syukur kerana impian membawa pingat emas buat negara tercinta akhirnya menjadi kenyataan.
“One of the most memorable and happy days in my life is 28.07.2024.
I dedicate this medal to my grateful grandmother. For making me fall in love with judo at the age of 6 and for bringing me to this point. I grew up with my grandmother and learned the most important lessons of my life from her.
Ads
Sometimes I would be very upset because they were very strict and demanding towards me! I realized that she chose the best for me. She is not with us now, but I know that she is always watching and proud of me.
The Olympic championship was a very long and difficult road, I managed it with the support of my parents, grandparents, husband!
Of course, I am extremely grateful to our honourable President, the Judo Federation of Uzbekistan, all the coaching staff, all our doctors, psychologists, and members of our team, who pay great attention to young people and support them. I thank all our people who believed in me and blessed me.”
Terdahulu, Diya pernah merangkul beberapa kejuaraan judo dunia antaranya memenangi emas kategori 52 kg di Asian Games Hangzhou 2022, pingat perak kejuaraan dua sebanyak dua kali pada tahun 2023 dan 2024 dalam kategori 52 kg, juara Asian Championships dua kali (2019 dan 2022) dan lima kali bergelar kejuaraan Glam Slam.
Atas kejayaan membanggakan di peringkat antarabangsa, Diya turut dianugerah Honoured Sportswoman of Uzbekistan pada 2023. Bukan itu saja, Diya juga merupakan graduan lulusan Physical Education and Sports di Uzbek State University.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang terinspirasi dengan gaya hidup bilionair termuda dunia kelahiran Norway, Alexandra Andresen ini. Menjangkau usia 26 tahun pada 23 Julai ini, anak bongsu daripada dua beradik ini seorang yang cukup sederhana. Kalau tengok kehidupan Alexandra dan tidak tahu status dirinya, pasti ramai yang anggap dia seperti orang kebanyakan.
Hakikatnya, Alexandra Gamlemshaug Andersen merupakan pewaris empayar syarikat pelaburan Ferd iaitu salah sebuah syarikat swasta terbesar di Norway yang menyediakan dana lindung nilai dan pelabur aktif di bursa saham negara-negara Nordik.
Nama Alexandra mula menarik tumpuan dunia apabila dia merangkul gelaran bilionair termuda dunia ketika berusia 19 tahun pada 2016. Malah, Alexandra mengungguli kedudukan bilionair termuda dalam senarai Forbes selama tiga tahun berturut-turut.
Alexandra mempunyai seorang kakak iaitu Katharina yang berbeza umur setahun dan mereka mewarisi 42 peratus saham di Ferd. Ketika ini, kekayaan yang dimiliki Alexandra mencecah sehingga 1.3 bilion Dolar Amerika atau bersamaan RM5.74 bilion. Sekaligus menduduki tangga ke-2295 senarai bilionair dunia.
Meskipun mempunyai wang yang banyak untuk membeli barangan fesyen, aksesori perhiasan diri dan kereta mewah, Alexandra memilih untuk hidup secara sederhana. Meninjau media sosial wanita ini, tidak kelihatan beg tangan atau pakaian label mewah yang digayakan.
Sebaliknya dia lebih gemar berkongsi aktiviti riadah dan meluangkan masa bersama insan tersayang.
Sebelum ini, Alexandra merupakan atlet ekuestrian dan pernah menjuarai Junior Norway sebanyak tiga kali dalam acara dressage.
Pasangan Johan Andersen Jr dan Kristin ternyata bijak membentuk peribadi kedua-dua anak mereka. Kongsi kakak Alexandra dalam satu temu bual, ibu bapa mereka mendidik anak-anak agar tidak terlalu menonjolkan kemewahan dan boros terutama dalam soal pembelian kenderaan.
“Ayah mempunyai peraturan di mana kami boleh membeli kereta yang diidamkan tetapi ia mestilah yanbg terpakai.”
Sementara itu, Alexandra yang ditemu bual pada tahun 2014 pula memberitahu, “Saya sebenarnya berjimat sepanjang masa dan menyimpan wang yang saya peroleh sama ada elaun mingguan daripada ibu bapa, wang tunai kemenangan pertandingan ekuestrian atau wang hadiah pada hari lahir.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang diketahui, Kate Middleton seorang ibu yang penyayang dan sentiasa berlembut dengan ketiga-tiga anaknya, Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis. Namun dalam kelembutan Duchess of Cambridge ini begitu tegas dengan penggunaan gajet terhadap anak-anaknya.
Foto: Instagram @duchesscatherineofbritain
Kate Middleton banyak menghabiskan masa bersama anak-anaknya sepanjang lockdown ini dengan melakukan aktiviti kraf, seni dan lukisan. Ketiga-tiga anaknya langsung tidak dibenarkan mempunyai gajet sendiri.
Foto: Instagram @duchesscatherineofbritain
Ketika lockdown ini juga Kate Middleton telah mengajar sendiri anak-anaknya dan dikatakan Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis adalah anak raja pertama di Britain yang belajar sendiri di rumah (homeschooling). Malah keluarga diraja ini bakal menyambut majlis hari lahir Putera Louis pada 23 April nanti.
Menurut laporan Evoke, Kate Middletown bakal menyediakan sendiri kek hari jadi anaknya. Rupa-rupanya Kate Middletown suka masak dan sanggup berjaga malam untuk membuat kek anak kesayangannya itu.
Pasangan diraja Britain, Putera William dan Catherine Middleton antara contoh yang boleh diikut dalam mendidik anak-anak mereka. Walaupun pasangan sama cantik sama padan ini berharta dan moden tetapi mereka tetap menerapkan pendidikan yang konservatif seperti mereka membesar dahulu. Putera William dan Kate Middleton menolak mentah-mentah penggunaan gajet di kalangan anak-anaknya, Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis.
Foto: Instagram @duchesscatherineofbritain
Putera William dan Kate Middleton;
Tidak membenarkan anak-anaknya bermain dengan IPad di dalam rumah.
Kate dan William membesar tanpa sebarang penggunaan gajet. Jadi pasangan diraja ini mahu mempastikan anak-anak mereka juga membesar sebegitu.
Kedua-dua pasangan ini lebih mempercayai bermain dengan patung permainan dan melakukan aktiviti luar sebagai pendidikan awal untuk anak-anak mereka.
Kate juga begitu menggalakkan anak-anaknya merangsang imaginasi dalam pembelajaran seperti membuat eksperimen dengan objek atau melalui pengalaman bermain.
Kedua-dua anak Putera Willian dan Kate Middleton ini, George Dan Charlotte menghabiskan masa dengan menunggang basikal dan bermain Disney Princess.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang, masakan ibu pengikat kasih sayang. Dan kerana seni memasak itu sering dikaitkan dengan wanita, Majalah Nona meninjau kemahiran wanita VIP di dapur ketika mereka menyiapkan hidangan kegemaran keluarga.
Meskipun majoriti wanita kenamaan mempunyai pembantu atau tukang masak sendiri, namun kemahiran memasak mereka juga tidak kurang hebatnya. Seperti wanita lain, golongan rich and famous ini juga mewarisi bakat memasak dari ibu masing-masing, malah ada yang sanggup menyertai kelas memasak di luar negara demi minat di dada.
Sesekali tengok personaliti VIP Nona menyinsing lengan baju, menumbuk cili, menggaul rendang dan tomyam… aduh, terangkat selera dibuatnya! Banyak juga petua dan tip yang dikongsi, selain kesempatan meninjau dekorasi dapur mereka yang serba mewah.
Rancangan video yang diterbitkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd ini mula bersiaran setiap bulan di saluran YouTube dan Facebook rasmi Majalah Nona. Menariknya, penonton dapat mendekati sisi sebenar wanita kenamaan yang dipaparkan, inspirasi gaya mereka di dapur berbanding hanya berpenampilan cantik dan elegan semata-mata.
Video masakan berdurasi sekitar 10-15 minit ini dihoskan oleh Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak secara santai dan bersahaja. Beberapa personaliti VIP yang pernah ditampilkan adalah YM Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati, YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Idham dan Puan Seri Nooraisha Farizan.
Selama 33 tahun di pasaran, jenama majalah gaya hidup berbahasa Melayu, Nona, terus menjadi pilihan wanita di Malaysia. Dari helaian majalah ke layar digital, Nona versi online kini terus melengkapi lifestyle wanita moden. Layari YouTube Majalah Nona untuk pelbagai lagi video menarik dan menginspirasikan.
Selamat menonton!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.