Tinggi lampai dan cantik orangnya! Sekalung tahniah buat ratu cantik Malaysia, Sandra Lim yang dinobat sebagai Naib Juara Miss Global Malaysia 2021/2022. Walau menduduki tempat kedua tapi Sandra meraih perhatian luar biasa di pertandingan ratu cantik tersebut yang berlangsung di Bali, Indonesia pada 11 Jun lepas.
Ads
Nama Sandra Lim menjadi bualan peminat ratu cantik di negara jiran apabila berlaku satu insiden yang berlaku pada malam final yang sekali gus menyerlahkan sisi kecantikan sebenar gadis berusia 21 tahun ini.
Semuanya selepas tindakan spontan Sandra membantu seorang lelaki penyampai hadiah yang terjatuh di atas pentas di depan matanya dan rakan-rakan lain.
Tanpa fikir panjang, anak kelahiran Kuala Lumpur ini terus menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut dan mendapat pujian ramai. Walau tidak dimahkotakan sebagai Miss Global 2021/2022 tapi Sandra berjaya menarik tumpuan penonton dengan kebaikan dirinya.
Tidak hanya memiliki raut wajah cantik dan peribadi menarik, Sandra juga sebenarnya seorang atlet berbakat besar. Di sebalik kelembutan, tersimpan sisi lasak wanita ini.
Malah Sandra pernah berkongsi di media sosial mengenai kejayaannya meraih pingat emas dalam Kejohanan Wushu Antarabangsa pada tahun 2017.
Dedahnya, kira-kira lima tahun lalu ketika baru berusia 16 tahun dia merupakan seorang atlet dan memenangi pingat emas dalam sukan wushu. Kini, pada usia 21 tahun dia sekali lagi membawa nama Malaysia di persada dunia namun dalam bidang berbeza iaitu ratu cantik.
“Winning my first international medal as a female fighter was not a destination, but a journey.
Ads
While I pursue my journey to Miss Global International, I wish my story inspires, how LIMITLESS the universe is for you.
There are no limits as to how far you can reach, as long as you put your heart to it, you can do anything.I shall carry my country’s name once again.Saya anak Malaysia.”
Dalam pertandingan ratu cantik Miss Global International 2021/2022 itu, wakil Filipina iaitu Shane Tormes dinobatkan sebagai Miss Global.
Selain bergelar ratu cantik, Sandra Lim turut dikenali sebagai seorang jaguh sukan, aktres dan aktivis. Semoga jiwa murni dan sikap positif yang ditonjolkan Sandra menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mata adalah jendela hati. Dengan memiliki mata yang sihat, kita mampu melakukan apa saja aktiviti. Namun ada saatnya jika mata bermasalah disebabkan kurangnya perhatian kita dalam menjaga kesihatan mata.
Bekerja seharian di depan komputer atau bekerja pada lingkungan kerja yang berdebu punca masalah serius pada mata. Apatah lagi jika terlalu sibuk sehingga kurang rehat pada malam hari, mata pun akan semakin lesu dan berisiko dijangkiti penyakit.
Kembalikan kesegaran mata yang bersinar dan sihat dengan rawatan hanya dari rumah ini. Yang pasti, lebih mudah, murah dan tidak membahayakan.
3 TIP MUDAH MENJAGA KESIHATAN MATA
Putih telur
Bagi yang sering mengalami mata lesu, cuba sapu putih telur dan memicit ringan selama beberapa minit. Sesudah itu bilas menggunakan air bersih. Urutan dengan menggunakan putih telur terbukti berkesan untuk membuat mata lebih bermaya sekali gus menegangkan kulit di sekitar kelopak mata.
Teh chamomile
Teh chamomile sangat efektif untuk mengatasi lingkaran hitam yang ada di sekitar mata. Salah satu punca lingkaran hitam di bahagian mata adalah disebabkan kurang rehat. Basahkan sedikit uncang teh dan tekap di bahagian mata bermasalah.
Kentang
Parut kentang lalu masukkan ke dalam kain nipis. Balut kemas parutan kentang tadi untuk di tuam di sekitar kelopak mata. Ia membantu menyembuhkan mata bengkak mahu pun mata yang kepenatan. Selain itu, parutan kentang juga mampu mengatasi mata yang pedih dan kemerahan. Ada juga yang memotong kentang berbentuk bulat dan diletakkan di atas mata. Sama seperti kaedah merawat mata menggunakan timun yang sering kita lihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam tak berubah muka Fasha Sandha. Dari kecil lagi, jelas terserlah wajah cantiknya. Pendek kata, memang cantik semula jadilah isteri Aidil Aziz ini!
Memuat naik gambar zaman kanak-kanak di media sosial, Fasha turut berkongsi wajah adiknya yang juga pelakon, Elisya Sandha. Baik Fasha mahupun Elisya, kedua-duanya memiliki kecantikan tersendiri.
Bahkan gen cantik tersebut turut diwarisi anak-anak perempuan Fasha dan Elisya iaitu Jemyma, Aisha dan Bunga Elhaq.
Kongsi Fasha, “Me and babygirl Elisya Sandha. 7 years old. Kenangan zaman berhingus. Ada rupa Jemyma, Aisha, Baby Bunga tak?”
Ternyata perkongsian Fasha tersebut meraih perhatian peminat setia dan rakan-rakan artis. Kebanyakan mereka memuji kejelitaan adik-beradik selebriti ini.
28 Mac lalu, Fasha genap berusia 39 tahun. Walau sudah berusia lewat 30an, penampilan ibu tiga anak ini tetap anggun. Malah, Fasha juga makin langsing sekarang.
Terbaharu, Fasha turut menghiasi kempen pelancaran koleksi terkini tudung LeeyanaRahman iaitu Rosalinda. Cukup ayu mempersona tengok dia bertudung!
Fasha Sandha bergelar isteri kepada Aidil Aziz pada 30 Mac 2019. Sebelum ini aktres filem Anak Mami Kembali berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada tahun 2016.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Hasil perkongsian hidup bersama Aidil, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk mata memandang personaliti popular Aida Khalida. Nama aktres wanita veteran ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan Aida Khalida masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini.
Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni.
Sinonim menjayakan watak ibu, pemilik nama Khalidah Adibah Ahmad ini meniti usia 66 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, jelitawan ini bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek.
Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran.
Bahkan jika tiada shooting, aktres ini mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini.
Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Moga semangat dan kerja keras Aida menjadi sumber inspirasi kepada golongan wanita agar terus aktif mengejar impian hidup.
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...