1200x630 (30)

Hampir 12 tahun menempa nama dalam kerjaya sebagai arkitek. Lama-lama hidup dalam keadaan tegang akhirnya Harlina Ahmad, Pengasas produk jenama Nafura terjun ke dunia kecantikan. Mendekati bidang yang menjadi ‘teman karib’ setiap wanita membuatkan Lina lebih bahagia. Untuk anda yang ingin cuci mata dan melihat produk Nafura, boleh juga singgah di SINI

Vivy Yusof Jadi Idola Fesyen, Bekas Arkitek HARLINA AHMAD Beralih Bidang Ke Dunia Kecantikan

Ads

“Sewaktu saya bersama syarikat Symphony Life Berhad, saya melaksanakan satu projek yang begitu besar, sebuah bangunan 21 tingkat. Setiap hari saya akan berhadapan dengan lembaran kertas-kertas projek dan angka-angka. Stres? Tentulah ada dan itulah juga yang menyebabkan saya terpaksa meninggalkan bidang ini dan beralih ke industri kecantikan.

Lahirnya Nafura adalah kerana saya mahu memilih bidang yang dekat dengan wanita. Saya sendiri sukakan kecantikan dan dengan begitu banyak pengalaman dan skil telah saya pelajari ketika menjadi arkitek, saya yakin ia dapat digunakan untuk menjayakan bisnes sendiri.

Bagi setiap wanita, tidak ada apa-apa yang lebih membahagiakan selain daripada anak-anak dan kecantikan. Sewaktu idea untuk menjalankan perniagaan sendiri begitu kuat dalam minda, saya melihat juga keadaan sekeliling di mana ramai usahawan wanita terkandas di pertengahan jalan.

Vivy Yusof Jadi Idola Fesyen, Bekas Arkitek HARLINA AHMAD Beralih Bidang Ke Dunia Kecantikan

Sebelum keluarkan produk jenama sendiri, saya lebih dahulu menjual kosmetik dari Jepun. Saat orang lain sibuk memilih jenama antarabangsa lain, saya pula menumpukan perhatian kepada produk kosmetik dari Jepun yang diyakini halal.

Saya mula mengedarkan jenama ini di pasaran dan lama-kelamaan, saya mula bina skil baharu. Untuk berjaya dalam perniagaan, setiap usahawan perlu mempunyai skil dan pengetahuan. Ini yang saya pegang sehingga kini,” jelas Lina.

Nafura, satu jenama tempatan yang kini mula menempa nama dalam dunia kecantikan. Bermula sejak tahun 2012, produk yang dihasilkan dari Korea Selatan ini mengetengahkan penggunaan bahan semula jadi seperti madu dan delima.

Vivy Yusof Jadi Idola Fesyen, Bekas Arkitek HARLINA AHMAD Beralih Bidang Ke Dunia Kecantikan

Ads

“Istimewa produk Nafura adalah ia dihasilkan daripada bahan semula jadi berkualiti dan sangat mesra pada kulit. Saya sendiri melakukan R&D untuk setiap produk agar apa yang ditawarkan kepada pelanggan adalah dari yang terbaik.

Kami hanya bermula dari pasukan yang kecil tetapi lama-kelamaan, ia mula berkembang menjadi lebih besar serta ada sub warehousing untuk handle. Perkembangan Nafura sangat menggalakkan dan ejen-ejen kami juga turut berpuas hati dan semakin ramai dari hari ke hari. Memang saya ingin melahirkan lebih ramai millionaire dari kalangan orang Malaysia, InsyaAllah,” kata Lina lagi.

Sepetang bersama Pengarah Eksekutif Nafurra Global Sdn Bhd ini, kami sempat melihat koleksi tas tangan yang dimilikinya. Boleh tahan juga taste bekas arkitek ini.

Ads

Vivy Yusof Jadi Idola Fesyen, Bekas Arkitek HARLINA AHMAD Beralih Bidang Ke Dunia Kecantikan

“Wanita mana yang tidak suka membeli-belah! Saya shopping bila terasa ingin membeli dan apabila ada keperluan menghadiri majlis. Setiap kali ada majlis, saya akan berbelanja untuk menepati tema majlis. Dari segi pakaian, saya memang sangat suka pada setiap rekaan Nurita Harith. Kebanyakkan koleksi baju saya adalah dari rekaan Nurita.

Saya peminat casual chic style. Elegant and contemporary macam Dior, Chanel dan Massimo Dutti. Koleksi tas tangan juga dari Dior. Apabila kita berbelanja lebih untuk barangan berjenama, tentunya penjagaan lebih teliti. Ia Perlu disimpan rapi dengan pengudaraan betul supaya baju dan beg tak berkulat.”

Ditanya siapakah idola fesyen Lina, ini jawabnya. “Vivy Yusoff kerana she represent Modern women pursuing her career in style with a sense of humor. Not to serious!” katanya mengakhiri perbualan.

Vivy Yusof Jadi Idola Fesyen, Bekas Arkitek HARLINA AHMAD Beralih Bidang Ke Dunia Kecantikan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI