16 September ini masuk dua bulan usia anak Chryseis Tan dan suami, SM Faliq. Sejak kelahiran puteri sulung Arianna Kyla Tan SM Faliq pada 16 Julai lalu, kehidupan pasangan romantis berkenaan makin diulit bahagia. Apatah lagi, Arianna sememangnya bayi yang comel dan senang dijaga.
Dari detik hamil, memperkenalkan jantina anak hinggalah saat bersalin… ramai yang ternanti-nantikan perkembangan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square dan anak usahawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini. Misalnya ketika majlis baby shower dan gender reveal mereka yang menjadi bualan ramai. Apa tidaknya, dekorasi yang dipilih Chryseis dan Faliq cukup menarik perhatian serta diadakan di sebuah hotel mewah di ibu negara.
Bertemakan hiasan belon putih dan rona pastel baby pink serta baby blue, yang paling menjadi tumpuan peminat dan warga net apabila dua beg berjenama Gucci disediakan untuk tetamu mengundi gender bayi Chryseis dan Faliq. Malah, terdapat mini donut berwarna baby pink dan baby blue yang turut dijadikan pilihan untuk tetamu mengundi. Kreatif sungguh!
Terbaru, Chryseis sekali lagi meraih perhatian ramai apabila berkongsi foto percutian bersama keluarga tercinta. Khabarnya percutian kali ini bertempat di Johor. Bukan hanya tampil lebih langsing dan berseri-seri, keberadaan Arianna Kyla yang dibawa bersama ketika melancong di dalam negara menaiki jet peribadi turut hangat diperkatakan. Untung Arianna!
Melalui perkongsian foto percutian tersebut kelihatan Chryseis, Faliq dan Arianna mengenakan persalinan sedondon berwarna biru. Bukan baju dan jet peribadi sahaja yang menjadi bualan bahkan beg tangan Dior yang tertera nama Arianna juga disedari peminat. Ujar Chryseis, “First flight after 6 months and now with my baby girl!”
Mengimbas kembali detik kelahiran Arianna, Chryseis di akaun Instagramnya menjelaskan dia terpaksa bersalin secara cesaerean kerana bayi dalam kedudukan songsang. “Memandangkan ramai yang bertanya sama ada saya melalui kelahiran normal atau pembedahan, di sini saya kongsikan pengalaman melahirkan anak. Kedudukan Arianna adalah songsang dan cara paling selamat untuk saya ialah dengan kelahiran secara cesaerean.
Sejak kandungan berusia enam bulan, Dr Kiren (doktor gynea) sudahpun mempersiapkan saya dengan kelahiran secara C-sec, kecuali jika bayi berpusing dan berada pada kedudukan normal. Namun sehingga ke akhirnya, Arianna masih lagi songsang walaupun saya sangat berharap saya dapat melalui kelahiran secara normal. I was very nervous about the surgery (and obviously hearing some bad experiences from my friends didn’t help).
But anyway it has to be done. We checked into Pantai Hospital the night before the planned surgery date and I couldn’t sleep at all because I was actually already having mild contractions. The next day I got ready, got rolled down on the bed from the ward to a room near the OT, got epidural done and was numb from my hip downwards. Before I knew it, I was already in the OT with Faliq by my side, 70’s classic love songs playing and within minutes Arianna was out and shown to us (Simba style). I instantly felt relief that she’s finally here safe and sound.”
Chryseis Tan, anak kepada jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Februari 2018. Mereka saling mengenali sejak zaman persekolahan di sebuah sekolah antarabangsa.
Kedua-duanya memegang jawatan tinggi di dalam syarikat milik keluarga masing-masing. SM Faliq merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif di Naza TTDI manakala Chryseis pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square Berhad.