Bersaksikan hampir 3000 penonton di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu The Power of Love benar-benar memukau para penonton!
View this post on Instagram
Lagu nyanyian asal penyanyi terkenal antarabangsa Celine Dion itu dipersembahkan oleh penyanyi nombor satu negara pada konsert “Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023” yang berlangsung semalam.
Persembahan Siti Nurhaliza itu diiringi muzik yang dimainkan bersama piano oleh komposer muzik terkemuka dunia, David Foster.
Kelunakan lontaran vokal penyanyi kesayangan ramai ini bukan sahaja memukau para penonton yang menyaksikan persembahan, malah komposer muzik terkenal dunia itu turut terpegun dan menghayati lontaran vokal yang disampaikan oleh Siti Nurhaliza.
Video persembahan Siti pada konsert tersebut tular di media sosial dan menjadi sebutan para peminat yang berbangga dengan persembahan penyanyi nombor satu negara itu yang mendapat jolokan ‘Celine Dion Malaysia’.
Konsert eksklusif ini merupakan anjuran PRIHATIN yang menampilkan komposer
muzik terkemuka dunia, David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa
seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta
penyanyi nombor satu tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Antara lagu-lagu popular sentuhan David Foster yang dipersembahkan oleh penyanyi-penyanyi hebat ini antaranya termasuklah Beauty & The Beast, When A Man Loves A Woman, Power Of Love, A Whole New World, How Am I Supposed To Live, Last Dance, Got To Be Real, If Ever You’re In My Arms dan beberapa hits yang lain.
Turut hadir memeriahkan konsert ini YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
Ibni Al-Sultan Abdullah Ri-Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, YABhg. Toh Puan
Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Noor (Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang), YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Mukhriz (Putera DYMM Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), YAM Tunku Sharifah Khatreena Nuraniah
Tuanku Syed Faizuddin Putra (Puteri kepada DYMM Pemangku Raja Perlis), YAB
Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh (Ketua Menteri Melaka), YB Dato’ Sri Azalina Othman
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Undang-Undang & Reformasi)
Hawa Rizwana, Nabil Ahmad, Diana Rafar, Sissy Iman dan Fazli Zainal.