W Kuala Lumpur Janjikan Keriangan Hujung Tahun, Berlibur Sambil Jamu Selera Dengan Orang Tersayang!

Hujung tahun selain musim bercuti, ia juga waktu terbaik untuk berkumpul dan menjamu selera dengan orang tersayang. Bagi yang tercari-cari lokasi ideal untuk meraikan momen akhir tahun atau menyambut Tahun Baru 2023, W Kuala Lumpur menawarkan pelbagai keriangan di bawah satu bumbung.

Terletak di tengah jantung ibu kota dan bersebelahan mercu tanda ikonik KLCC, lokasi W Kuala Lumpur yang strategik pastinya menepati gaya hidup anda.

Menyediakan 150 kamar tetamu dan suite bergaya, pengunjung juga dijemput menjamu selera di W Kuala Lumpur. Di sini terdapat beberapa pilihan dengan konsep dan cita rasa gastronomi tersendiri antaranya YEN, FLOCK, WOOBAR dan WET Deck Pool Bar.

 

Setiap satu restoran kaya dengan identitinya. Anda boleh singgah ke YEN untuk hidangan tradisi Kantonis, FLOCK untuk venue gastronomi sepanjang hari berasaskan menu Pan-Asia, WOOBAR ruang sosial yang chic atau WET Deck Pool Bar yang menyajikan pemandangan Menara Berkembar Petronas sebagai latar belakang.

Penginapan di hotel lima bintang ini bukan sahaja menjanjikan percutian dalam bandar yang menyeronokkan, malah terdapat juga tawaran menjamu selera sempena musim perayaan Hari Natal, pelbagai pilihan kek dan hamper eksklusif.

 

KEK & HAMPER

Nah, bagi yang tercari-cari hadiah last minute, kek atau hamper W Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik. Dapatkan kek Yule Log eksklusif pada harga RM188 nett (saiz biasa) atau RM168 nett (saiz mini) dengan pilihan empat perisa lazat sama ada coklat gelap, yogurt lemon, pistachio nut mousse atau orange lemon ginger travel.

Hamper W Kuala Lumpur juga dibungkus indah dalam bungkusan bergaya rona Midnight Blue dan Crimson Red. Di dalamnya berisi pelbagai goodie yang pastinya membuatkan sang penerima gembira!

 

JAMU SELERA

Mahu bersantai hujung minggu atau memanjakan orang tersayang dengan hidangan lazat?

Ayuh semak aneka pilihan menu di W Kuala Lumpur.

 

(1) FLOCK

Hidangan istimewa sempena percutian, nikmati 4 course-meal yang disediakan khusus oleh cef terbaik di Flock.

Anda boleh memilih sama ada sajian confit duck legs with herb roast kohlrabi, Brussel sprout, pomegranate gastrique sauce atau pan roasted salmon with scallops, fennel, edamame, dipadukan dengan hidangan pencuci mulut istimewa.

Bermula 1 Disember hingga 23 Disember, jam 6.30pm – 10pm. Harga RM188 nett seorang untuk 4 course-set menu.

 

FRIDAY FETE

Sambut ketibaan hujung minggu dengan menikmati makan malam bufet ‘all-you-can-eat’ bersama teman-teman kesayangan.

Bermula setiap Jumaat, jam 6.30pm – 9.30pm Harga RM288 nett seorang untuk bufet dengan aneka minuman non-alkohol.

 

THE SUNDAY AFFAIR

Tradisi hujung minggu di W Kuala Lumpur sering menjadi buah mulut dan diperkatakan oleh setiap orang. Nikmati brunch hebat setiap Ahad di sini dengan pelbagai hidangan enak untuk menjamu selera. Datang dengan perut lapar dan bersedialah untuk keriangan!

Bermula setiap Ahad, jam 12pm – 3pm. Harga RM288 nett seorang untuk bufet dengan aneka minuman non-alkohol.

 

HOLLY JOLLY DINNER

Ho! Ho! Ho! Menjelang malam Krismas, mereka yang menyambutnya dipersilakan ke Flock untuk menikmati makan malam bufet yang serba elegan. Jadikan malam ini sebagai kenangan terindah dengan aneka menu makanan dingin, seleksi pilihan pembuka selera, charcuterie, stesen sushi dan sashimi, sajian pan-Asian, pencuci mulut Krismas, candy bar dan sebagainya.

Bermula malam Krismas, 24 Disember, jam 6.30pm – 10.30pm. Harga RM438 nett seorang untuk makan malam bufet termasuk aneka minuman non-alkohol.

 

THE JINGLE FEAST

Nikmati makan tengah hari menjelang Krismas dengan pelbagai sajian lazat di Flock. Antara menu pembuka selera hasil air tangan cef di sini adalah BBQ makanan laut, ayam belanda panggang, kambing, yakitori digril dan aneka pencuci mulut.

Bermula Hari Krismas, 25 Disember, jam 12.30pm – 3pm. Harga RM488 nett seorang untuk Buffet Brunch termasuk aneka minuman non-alkohol.

 

CHRISTMAS FETE

Tiba masanya untuk memanjakan selera anda dengan makan malam Krismas dari sajian cef di Flock. Bermula pada Hari Krismas, 25 Disember, jam 6.30pm – 10.30pm. Harga RM288 nett seorang untuk makan malam bufet termasuk aneka minuman non-alkohol.

 

BOXING DAY BRUNCH

Bersedia untuk menikmati hidangan brunch istimewa sempena Boxing Day hanya di Flock.

Bermula 26 Disember, jam 12.30pm – 3.30pm. Harga RM288 nett seorang untuk Buffet Brunch

termasuk aneka minuman non-alkohol.

 

(2) YEN

Teringin menikmati sajian Cina klasik? Bertamulah ke YEN yang bukan saja menyajikan suasana imperial malah konsep dining avant-garde yang pastinya merakam kenangan tersendiri.

Pesan hidangan dimsum untuk brunch pada harga RM168 nett (dewasa) dan RM84 (kanak-kanak).

 

(3) WOOBAR

Menepati gaya hidup generasi muda yang gemarkan suasana hip dan happening, lokasi WOOBAR pasti menjadi destinasi bersantai yang mengujakan.

Sempena hujung tahun, nikmati hidangan minum petang dengan aneka menu menyelerakan seperti smoked salmon, duck confit quiche dan foie gras beignets. Buat penggemar manisan, pesan saja kek orange lemon ginger, pistachio nut mousse, blackberries gelee tartlet with an array of scones dan puding Krismas, mini panettone, herbed chicken and smoked turkey.

 

 

Amboi, sedapnya manisan dan sajian yang ditawarkan di W Kuala Lumpur tu! Bagi yang berminat, anda boleh terus singgah ke W Kuala Lumpur, email kepada bf.wkualalumpur@whotels.com atau hantarkan WhatsApp/hubungi terus 012-3574788.

Selamat bercuti dan Salam Tahun Baru!

Share
Published by
Norzalina