Label terkenal skaf dan busana, Ariani telah melancarkan koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018 bagi menyerikan sambutan aidilfitri tahun ini. Sebanyak 60 pilihan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.
Menampilkan rekaan selendang sehinggalah ke pilihan tudung instant, koleksi Ariani Lebaran 2018 merangkumi pilihan hijab polos dengan warna pastel dan vibrant serta pilihan corak printed yang segar dan menjentik pandangan. Formulasi tudung instant untuk musim perayaan pula adalah mengikut kehendak dan permintaan pelanggan yang inginkan helaian hijab instant
yang mudah digayakan.
Sentuhan eksklusif berupa permata Swarovski dan perincian lace berkualiti tinggi menjadikan koleksi hijab tampak eksklusif. Menariknya 10 koleksi hijab merangkumi selendang, tudung segera dan bawal turut ditampilkan bersempena kolaborasi dua drama arahan Michael Ang iaitu Hati Seorang Perempuan dan Pengantin Salju.
Lima koleksi rekaan Scarf Hati Seorang Perempuan by Ariani edisi terhad terdiri daripada Bawal Fleur Ilaina, Selendang Bloom Ilaina, Selendang Airy Ilaina, Selendang Charming Ilaina dan Instant Grace Ilaina. Setiap helaian tudung ini direka dengan mengadaptasi karektor pelakon utama drama iaitu Mira Filzah dan Uqasha Senrose dalam helaian hijab yang penuh cita rasa.
Ariani juga telah menghasilkan koleksi istimewa Scarf Pengantin Salju by Ariani dengan menampilkan helaian tudung instant
dan selendang juga dalam edisi terhad bersempena dengan kolaborasi Drama Pengantin Salju yang dibintangi oleh penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana. Tersedia tiga koleksi istimewa yang terdiri daripada koleksi Selendang Kaseh Salju, Bawal Sonata Salju dan Instant Hana Salju.Untuk koleksi Ariani Luxe, sebanyak 30 koleksi dipersembahkan. Koleksi hijab premium ini mendapat sentuhan artisan mahir dengan penggunaan perincian renda dan Swarovski eksklusif terdiri daripada rekaan selendang, turban dan inner.
Bagi melengkapkan koleksi lebaran, Ariani juga telah melancarkan 30 daripada 70 rekaan terbaharu koleksi Glam Lebaran by Ariani RTW yang merangkumi kurung moden polos, kurung bercorak moden dan jubah daripada pelbagai nuansa pastel dan terang. Koleksi Glam Lebaran by Ariani RTW turut menghasilkan koleksi plus size
atas permintaan pelanggan.Khas buat penggemar rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif, Ariani juga menampilkan koleksi The Premium Series By Ariani RTW. Koleksi ini dijual dalam kuantiti yang terhad. Keistimewaan koleksi The Premium Series ini ialah daripada segi penggunaan material brocade dan kapas berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori berupa Swarovski.
This website uses cookies.