‘Ke mana saja wassini, apapun jua wassini, segalanya, wassini..’ Masihkah anda ingat kepada penyanyi bersuara lunak merdu yang melantunkan lagu popular berjudul Wassini sekitar 23 tahun yang lalu?
Pasti ramai di antara hijabi hari ini yang dahulunya pernah meminati dan mengenali penyanyi bertudung litup Norwahidah Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Waheeda Wasini.
Haaa.. rupanya Waheeda masih belum melupakan minatnya dalam bidang muzik. Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, Waheeda sebenarnya masih bergiat aktif dalam dunia seni yang diminatinya.
Lama Waheeda Wassini Menyepi, Rupanya Masih Aktif Dalam Dunia Seni
View this post on Instagram
“Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh (berhenti).
“Pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali,” kata Waheeda yang menikahi penyanyi nasyid, Akhil Hayy.
“Saya sebenarnya pemuzik di hati. Lima tahun saya dihantar ke kelas muzik, sampai sekarang, tetap muzik dalam hati saya. Muzik tidak salah kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia.
“Namun, saya meletakkan diri sebagai pemuzik, bukan penyanyi. Jadi, apabila anda pemuzik, anda tidak akan berhenti.
Menurut Waheeda, kebanyakkan lagu karyanya dilancarkan di laman Youtube dan Spotify, malah ia adalah adalah hasil terbitan syarikatnya sendiri, Clef Empire.
Kini bergiat aktif di belakang tabir, penyanyi itu akui dirinya lebih selesa bekerja di bidang seni sebagai penerbit dan komposer lagu.
Lawa Sangat Waheeda, Anggun BerpurdahAds
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira apabila akhirnya mereka dapat mengikuti kembali perkembangan terkini penyanyi kesayangan mereka itu satu ketika dahulu.
“Bila dapat lelaki yang tepat.. Subhanallah hebat perubahan Waheeda.”
“Ya Allah, rindu Waheed tambah-tambah dulu membesar zaman dia kerap berlakon cerita kelakar-kelakar tu.”
“Cantik! Niqab dia panjang ke bawah 🥰”
Kini hantaran video berkenaan sudahpun mencecah lebih 600,000 tontonan dengan 32.6 ribu tanda suka daripada pelayar TikTok.
Terdahulu, pada 2009 Waheeda memutuskan untuk menamatkan kariernya sebagai anak seni dalam industri hiburan, sejak bergelar isteri dan suri hati kepada penyanyi serta pendakwah bebas, Akhil Hayy.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber gambar: Instagram Waheeda