Sehingga kini pelakon jelita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini dilihat masih aktif dalam dunia lakonan. Datin Sri Noniswara Baharudin kini bahagia dengan perkahwinan kali ketiganya bersama Dato’ Sri Dr Sheikh, seorang ahli perniagaan.
Datin Sri Noniswara memiliki 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (27 tahun), Nurerysha Emyra (22 tahun) dan Nazeer Danish (14 tahun).
Walaupun menempuh berbagai onak duri dalam hidupnya, keakraban Datin Sri Noniswara bersama anak-anaknya tetap utuh umpama sahabat baik. Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal cantik dan ramping walaupun kini usianya hampir mencecah 51 tahun.
“Hubungan kami umpama kakak dan adik, kadang-kadang seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak antaranya tentang isu semasa, agama dan sentiasa mendengar luahan hati mereka. Saya juga bersikap terbuka. Mereka boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan saya.”
Anak gadis tunggal Datin Sri Noniswara iaitu Nurerysha Emyra atau Erysha telah mencuri perhatian ramai khususnya di media sosial kerana mewarisi kecantikan asli ibunya. Erysha juga cemerlang dalam SPM setelah memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan tersebut. Kini, selain sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang perakaunan Erysha juga bergelar model sambilan.
Kalau dengan saya, Erysha tetap nak makan bersuap. Waktu makan selalu minta disuapkan sampailah sekarang. Kalau berjalan suka dipimpin tangan. Apabila dia sedang bercakap, dia nak kita fokus dan mendengarnya dengan sepenuh perhatian. She likes to share with me.
Bercakap tentang masakan, saya juga setuju bahawa anak perempuan perlu tahu memasak. Walaupun saya tak pernah memaksa tetapi Erysha sendiri yang menunjukkan minatnya untuk memasak. Begitu juga dengan abangnya, Naveer Mihshon. Kadang-kadang dua beradik ni kalau masuk ke dapur sebab nak masak sendiri menu kegemaran mereka. Kedua-duanya gemar memasak hidangan Barat or Italian .
Saya amalkan rutin asas sahaja. Apa yang penting elakkan stres dan sentiasa menjaga kelembapan kulit wajah dengan menyapu pelembap setiap hari. Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuk beriadah, sentiasa merasa gembira dan bahagia.
sebenarnya seorang yang manja.
Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Pengalaman lalu membuatkan saya menjadi lebih matang. Semua yang berlaku ada hikmah. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa saya setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.
Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya. Semoga Allah SWT memberkati apa jua yang saya dan keluarga lakukan. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.
Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah mengamuk dan ‘cengeng’. Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik.
Alhamdulillah suami sangat memahami malah menggalakkan lagi saya berlakon. Kalau tak bekerja, selalunya saya akan manfaatkan masa bersama keluarga seperti menonton, berbual, makan, mengemas, berkebun, solat berjemaah dan tazkirah bersama,” akhiri Datin Sri Noniswara yang kini sedang menjalani sesi penggambaran drama bersiri ‘Pink Smile’.
Kredit Foto: Instagram @noniswara @eryshaemyra
This website uses cookies.