Setiap wanita pastinya gembira dan bahagia apabila dikurniakan zuriat sebagai pelengkap rumahtangga. Lebih-lebih lagi ia adalah zuriat pertama dalam keluarga. Yang pasti keterujaan itu akan menjadi lebih berganda apabila Aidilfitri disambut buat kali pertama bersama zuriat sulung.

Ads

Azrinaz Mazhar Hakim, Izara Aishah, Elfira Loy dan Nina Iskandar antara empat ibu jelita yang bukan sahaja gembira menyambut lebaran tahun ini bersama ‘orang baru’ dalam keluarga bahkan masing-masing kelihatan semakin berseri-seri.

Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’AZRINAZ MAZHAR HAKIM
Biarpun sudah memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, namun kehadiran Areesya Malaykha menjadikan 1 Syawal kali ini sangat membahagiakan buat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dan suami, Fairos Khan Abdul Hamid. Pasangan ini berkahwin pada 1 Mei 2018, di mana ia merupakan perkahwinan kali kedua Azrinaz dan yang pertama bagi Fairos Khan.

Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Areesya dilahirkan pada 15 September 2019 seberat 2.75 kilogram dan merupakan kelahiran ketiga bagi Azrinaz setelah 11 tahun ‘berehat’. Azrinaz juga ibu kepada Pengiran Muda Abdul Wakeel, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Kedua-duanya kini berusia belasan tahun.

Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Kredit Foto: IG @azrinazmazharhakim

IZARA AISHAH
Bertambah kebahagiaan serta keterujaan pasangan sama cantik sama padan, Izara Aishah dan Adib Khalid. Apatah lagi dengan kehadiran permata hati mereka yang sangat comel iaitu Irisa Alaia Muhammad Adib pada 15 April yang lalu dengan berat 2.9 kilogram.

Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Berita gembira ini telah dikongsi oleh ibu mentuanya, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham di Instastory. Izara berkahwin dengan Adib yang merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 17 November 2017.

Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Kredit Foto: IG @izaraaishahofficial

Ads

ELFIRA LOY
Pelakon yang popular dengan drama Tentang Bulan, Elfira Loy kini kelihatan semakin anggun dan berseri-seri sejak bergelar ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf Muhammad Faris. Elfira turut berkongsi potret raya keluarga kecilnya itu buat kali pertama di Instagram. Elfira bersama suami dan anak sulungnya itu turut mengenakan rona sedondon.

Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Muhammad Rayyan Khalaf dilahirkan pada 1 Oktober 2019 seberat 3.68 kilogram secara normal di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan. Elfira diijabkabulkan dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 dalam sebuah majlis tertutup.

Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Kredit Foto: IG @elfiraloy

Ads

NINA ISKANDAR
Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar juga tak ketinggalan apabila tahun ini dapat meraikan lebaran bersama suami dan anak sulung mereka, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang lahir pada 23 Disember 2019. Nina sekeluarga memilih rona hitam sedondon di pagi raya. Nina bernikah dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan tahun lalu.

Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’“Kamulah rahmat dan hadiah tak ternilai daripada Allah yang memberi gelaran ‘Ibu’ buat saya. Kamulah tanggungjawab saya sekarang dan saya bersumpah akan melindungimu dan menjagamu sepanjang hayat,” luah Nina buat putera kesayangannya itu.

Wajah Bahagia 4 Ibu Jelita AZRINAZ, IZARA, ELFIRA & NINA ISKANDAR Rai Aidilfitri Bersama ‘Orang Baru’Kredit Foto: IG @ninaiskandar

Semoga anak-anak ini membesar dengan sihat seterusnya menjadi anak yang soleh serta solehah buat ibu dan ayah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI