Setiap wanita pastinya gembira dan bahagia apabila dikurniakan zuriat sebagai pelengkap rumahtangga. Lebih-lebih lagi ia adalah zuriat pertama dalam keluarga. Yang pasti keterujaan itu akan menjadi lebih berganda apabila Aidilfitri disambut buat kali pertama bersama zuriat sulung.
Azrinaz Mazhar Hakim, Izara Aishah, Elfira Loy dan Nina Iskandar antara empat ibu jelita yang bukan sahaja gembira menyambut lebaran tahun ini bersama ‘orang baru’ dalam keluarga bahkan masing-masing kelihatan semakin berseri-seri.
Biarpun sudah memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, namun kehadiran Areesya Malaykha menjadikan 1 Syawal kali ini sangat membahagiakan buat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dan suami, Fairos Khan Abdul Hamid. Pasangan ini berkahwin pada 1 Mei 2018, di mana ia merupakan perkahwinan kali kedua Azrinaz dan yang pertama bagi Fairos Khan.
IZARA AISHAH
Bertambah kebahagiaan serta keterujaan pasangan sama cantik sama padan, Izara Aishah dan Adib Khalid. Apatah lagi dengan kehadiran permata hati mereka yang sangat comel iaitu Irisa Alaia Muhammad Adib pada 15 April yang lalu dengan berat 2.9 kilogram.
ELFIRA LOY
Pelakon yang popular dengan drama Tentang Bulan, Elfira Loy kini kelihatan semakin anggun dan berseri-seri sejak bergelar ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf Muhammad Faris. Elfira turut berkongsi potret raya keluarga kecilnya itu buat kali pertama di Instagram. Elfira bersama suami dan anak sulungnya itu turut mengenakan rona sedondon.
NINA ISKANDAR
Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar juga tak ketinggalan apabila tahun ini dapat meraikan lebaran bersama suami dan anak sulung mereka, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang lahir pada 23 Disember 2019. Nina sekeluarga memilih rona hitam sedondon di pagi raya. Nina bernikah dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan tahun lalu.
Semoga anak-anak ini membesar dengan sihat seterusnya menjadi anak yang soleh serta solehah buat ibu dan ayah.
This website uses cookies.