Wajah Baru Perancis, Anak Buruh Binaan Ini Buktikan Kemiskinan Tidak Halang Jadi Menteri

Kemiskinan selalu menjadi alasan untuk menyerah. Tapi tidak buat wanita berketurunan Moroccan-Muslim ini, dia menjadikan pengalaman hidup sebagai anak buruh binaan sebagai motivasi untuk mengubah nasib, sekaligus bertindak membela nasib bangsa yang susah sepertinya.

Najat Vallaud-Belkacem telah dilahirkan di sebuah kampung di Nador, Morocco pada tahun 1977. Mengimbau kehidupan miskinnya di Kg. Bni Chiker, anak kedua daripada tujuh adik-beradik itu dikhabarkan pernah melalui zaman sukar semasa kanak-kanak, termasuk menjadi penggembala kambing.

Bapanya seorang warga Perancis bekerja sebagai buruh binaan. Pada tahun 1982, Najat bersama ibu dan kakak sulungnya, Fatiha telah dibawa berpindah ke Perancis. Mereka tinggal di sebuah kawasan sub urban bernama Amiens di utara Perancis pada tahun 1982.

Disebabkan latar belakang, tempat kelahiran dan agamanya juga, Najat selalu menjadi sasaran para seksis dan komen-komen berbaur perkauman. Beliau diserang dengan pelbagai panggilan menghina termasuk caranya berpakaian.

Wanita ini belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya menjadi graduan di Paris Institute of Political Studies pada tahun 2002. Di situ juga dia mengenali Boris Vallaud dan mereka berkahwin pada tahun 2005. Pasangan ini memperoleh sepasang kembar.

Dari situ beliau menyertai parti Socialist dan mula memperjuangkan hak rakyat, perumahan mampu milik dan menentang diskriminasi. Seterusnya Najat diundi sebagai ahli majlis di Rhone Alpines dan bekerja sebagai pegawai di pejabat hingga 2008.

Tahun 2008, kredibilitinya sebagai ahli politik mula bersinar dan beliau dilantik sebagai Menteri Hak Wanita dan jurucakap kerajaan di bawah Presiden Francois Hollande. Akhirnya sekitar 3 tahun lepas, Najat yang kini berusia 40 tahun dilantik sebagai Menteri Pendidikan di Perancis.

Kelantangan suara Najat seiring dengan semangat jitunya yang tak pernah goyah. Bagaimana mungkin mahu memecahkan tembok keyakinan itu, selepas wanita bernama Najat ini bekerja keras untuk sampai ke tahapnya sekarang?

Share
Published by
Norzalina