Dramatis jelita kelahiran Pasir Mas, Kelantan Datin Sri Noniswara dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (30), Nurerysha Emyra (25) dan Nazeer Danish (17).
Anak-anak kesayangan Datin Sri Noniswara. Keakraban mereka umpama sahabat baik.Anak-anak yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat Datin Sri Noniswara.
Keakraban Datin Sri Noniswara dengan anak-anak umpama sahabat baik.
“Hubungan kami umpama kakak dan adik, kadang-kadang seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak antaranya tentang isu semasa dan agama.
“Saya juga bersikap terbuka. Mereka boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan saya.”
Anak gadis tunggal Datin Sri Noniswara iaitu Nurerysha Emyra atau Erysha mencuri perhatian ramai khususnya di media sosial kerana mewarisi kecantikan asli ibunya.
Nama Erysha juga pernah tular suatu ketika dulu kerana kecemerlangannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Erysha Emyra yang mewarisi kecantikan ibunya.
“Erysha seorang yang sensitif dan mudah menangis kalau ditegur Daddy, maklumlah anak manja Daddy. Pun begitu, walaupun manja dan lembut Erysha juga seorang yang tegas, ada pendirian serta tahu apa yang diinginkan.
“Kalau dengan saya, Erysha tetap nak makan bersuap. Waktu makan selalu minta disuapkan sampailah sekarang. Kalau berjalan suka dipimpin tangan. Apabila dia sedang bercakap, dia nak kita fokus dan mendengarnya dengan sepenuh perhatian. She likes to share with me.
“Sejak kecil saya lihat Erysha banyak terikut-ikut dengan cara saya seperti cara bercakap, berjalan dan makan.
Ads
“Bila saya berdandan, dia akan perhati dan menunjukkan minat. Erysha juga seorang pembersih dan cerewet dalam menjaga kecantikan serta penampilan.
“Contohnya, tudung mesti nak kemas. Susunan barang-barang pun kena perfect. Macam Mummy dia ni, perfectionist!
“Tetapi kami bukanlah OCD (obsessive-compulsive disorder) sebaliknya mempunyai banyak persamaan. Begitu juga dalam soal kesihatan, she is very concerned.
“Makanan semua nak yang berkhasiat dan organik. Kadang-kadang Erysha sendiri yang nasihatkan saya supaya jangan makan itu, jangan makan ini.
Ads
“Bercakap tentang masakan, saya juga setuju yang anak perempuan perlu tahu memasak. Walaupun saya tak pernah memaksa tetapi Erysha sendiri yang menunjukkan minatnya untuk memasak.
“Begitu juga dengan abangnya, Naveer Mihshon. Kadang-kadang dua beradik ni kalau masuk ke dapur sebab nak masak sendiri menu kegemaran mereka. Kedua-duanya gemar memasak hidangan Barat or Italian.
“Nasihat saya buat Erysha, usah terburu-buru dalam membuat pilihan. Focus on study first.
“Bila dah sampai masanya pilihlah bakal suami yang beragama, berakhlak baik, berpelajaran, hormat orang tua, penyayang, berasal dari keluarga yang baik-baik serta boleh membimbing dirinya ke jalan yang betul.
“Sebagai ibu sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk masa depan Erysha. Begitu juga dengan anak-anak yang lain.”
Sehingga kini, Datin Sri Noniswara masih aktif dalam dunia lakonan biarpun usianya sudah mencecah pertengahan 50-an. Beliau juga bahagia bersama suami tercinta Dato’ Sri Dr Sheikh, seorang ahli perniagaan.
Ads
“Alhamdulillah, kini dah masuk 6 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka dan happy all the time. He said I am a good listener. Dato’ Sri juga sebenarnya seorang yang manja.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.
“Nasihat saya buat kaum wanita di luar sana pula, jadilah seorang wanita dan ibu yang baik. Banyak bersabar, sentiasa bersyukur, banyak mengalah, tegas dan rajin melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu.
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Kredit Foto: Instagram @noniswara @eryshaemyra
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpaku tengok video tarian Madhuri Dixit yang dikongsikannya baru-baru ini di media sosial. Mengambil salah satu lagu filem Bollywood blockbuster Dil To Pagal Hai, gerak tari Madhuri Dixit nyata memikat perhatian peminat.
Madhuri memuat naik video tarian tersebut bersempena meraikan 25 tahun filem Dil To Pagal Hai. Difahamkan lagu Are Re Are ialah lagu kegemaran Madhuri dalam filem berkenaan.
Sehingga kini, video itu meraih lebih sejuta likes dengan ribuan reaksi yang membanjiri ruangan komen.
Meskipun sudah berusia 55 tahun, pesona Madhuri masih menambat hati peminat. Pada tahun 1999, Madhuri menamatkan zaman bujang dengan Dr Sriram Madhav Nene iaitu doktor pakar bedah kardiovaskular.
Selepas mendirikan rumah tangga, Madhuri berpindah ke Amerika Syarikat dengan suaminya dan melahirkan dua anak lelaki iaitu Arin dan Ryan.
Mengimbas kembali pembabitan jelitawan ini dalam industri perfileman India, dia mula menceburi kerjaya seni menerusi filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu, Madhuri baru meniti usia 17 tahun.
Semenjak berkecimpung dalam industri seni, Madhuri dikenali kerana rupa paras cantik dan bakatnya dalam tarian. Selain itu, dia juga aktif menyertai badan amal UNICEF meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersandarkan rupa paras cantik, pengaruh dan cita rasa mewah yang sering digayakan, tidak hairanlah Ameera Khan selalu diundang menghadiri majlis pelancaran eksklusif dan Fashion Week pelbagai jenama fesyen mewah.
Antaranya Fendi, Louis Vuitton, Christian Dior, Balenciaga, Valentino, Prada dan Longchamp. Untung empunya diri!
Tak dinafikan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor ini ada pesona tersendiri. Kecantikan Ameera bukan saja jadi perhatian golongan lelaki. Bahkan kaum wanita juga mengagumi kejelitaan anak perempuan bongsu Datin Noor Kartini dan Dato’ Abdul Halim Khan ini.
Ternyata Ameera atau dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) mengikut jejak langkah kakak tersayang, Neelofa yang sering menerima undangan label fesyen ternama antarabangsa sebelum mendirikan rumah tangga.
Meniti usia 23 tahun, populariti Ameera dalam industri fesyen kian melonjak naik. Kebanyakan posting di media sosial miliknya juga memaparkan aktiviti Ameera bergaya sofistikated ketika berada di luar negara dan menghiasi kempen terbaharu fesyen mewah antarabangsa.
April lalu, dia menghadiri pertunjukan fesyen LV Prefall 2023 di Korea Selatan yang hanya dihadiri golongan kenamaan dan selebriti terkemuka saja.
Walau tanpa solekan tebal dan aksesori, penampilan Ameera tetap menarik tumpuan. Pendek kata apa saja yang disarungkan ke tubuh badan rampingnya pasti terletak cantik dan menjadi ikutan penggemar fesyen.
Memang layak Erra Fazira diangkat sebagai ratu. Mana tidaknya, usia mencecah 50 tahun pun masih kelihatan cantik jelita! 9 Februari lalu merupakan ulang tahun kelahiran ratu cantik Miss World Malaysia 1992 ini.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek antara selebriti wanita tanah air yang menjadi pujaan ramai kerana keperibadian yang dimiliki. Malah Erra juga sentiasa ramah melayan peminat dan tak lokek senyuman.
Barangkali kerana sikap positif dan ceria Erra itulah yang membuatkan dia sentiasa nampak awet muda dan menawan pada pandangan khalayak.
Bersempena hari lahir ke-50 baru-baru ini, primadona tersebut diraikan penuh meriah kenalan rapat dan peminat. Meskipun berstatus selebriti, Erra tetap tampil ringkas dengan berkemeja biru dan tudung rona senada.
Turut kelihatan meraikan ulang tahun kelahiran Erra ialah puteri kesayangan, Engku Aleesya.
Ujar Erra, “MasyaAllah TabarakAllah wahai kalian yang dekat dalam hidup ini. Clips ini sangat menyentuh hati. Saya bersyukur dihadirkan insan-insan yang sangat prihatin dan penyayang seperti kalian.
Mungkin saya tidak sekuat ini andai mereka tidak bersama. Terima kasih sahabat, terima kasih keluarga Bersama Erra dan teman-teman semua. Saya tahu tidak semua ada dalam clips ini tapi saya tahu mereka selalu dihati.
Saya menyayangi kalian kerana Allah Taala. Moga silaturahim terus berkekalan hingga ke jannah. Aamiin.
Terima kasih di atas ingatan, doa-doa yang dititip dan ada juga yang mengirim hadiah-hadiah buat saya. MasyaAllah terima kasih tak terhingga!! Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan Rahmat dan LindunganNya. Love You All!”
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra Fazira ketika dia menjadi penghias Nona Oktober 2018, dia yang merupakan wanita berdikari dan berstatus ibu tunggal tak mahu menjadikan ia halangan mengejar impian.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah.
Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!