Bukan saja wajah cantik Ratu Suthida jadi perhatian bahkan beg tangan yang dijinjit juga menarik tumpuan rakyat dunia.
Membawa budaya dan kemegahan pakaian rasmi Thailand ke persada dunia, penampilan Permaisuri Thailand ketika menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles lll memang memikat pandangan.
Ceria di samping suami, Raja dan Permaisuri Thailand ini berada di Westminster Abbey, London pada 4 hingga 7 Mei lalu bagi menyaksikan istiadat penuh gilang-gemilang Britain.
Seperti kebanyakan ratu dan permaisuri pelbagai negara, kelibat Ratu Suthida tidak terkecuali menjadi tumpuan lensa.
Lebih-lebih lagi apabila first lady negara Gajah Putih itu dilihat hanya membawa satu beg tangan kecil berwarna hitam dan menarik serta bukan berjenama mewah antarabangsa.
Berdasarkan laporan The Straits Times, Ratu Suthida membawa beg anyaman buatan tangan diperbuat daripada tumbuhan menjalar dikenali sebagai beg tangan Yan Lipao.
Lipao adalah pokok paku-pakis menjalar yang lazimnya ditemukan di hutan hujan dan boleh didapati di wilayah Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand.
Menariknya, ia material sesuai untuk dianyam sebagai beg kerana struktur yang kuat.
Beg Yan Lipao semakin popular di dunia selepas Ratu Suthida sering mempromosikannya bagi meningkatkan pendapatan penduduk di selatan Thailand.
Selain beg tangan itu, rupa paras menawan dan jelitanya juga menjadi tumpuan. Sering mengukir senyuman manis kepada khalayak, gaya klasik Ratu Suthida menyerlahkan sisi anggun penuh elegan dirinya.
Raja Thailand terpikat kecantikan dan pesona bekas pengawal peribadi diraja ini https://www.nona.my/dilamar-raja-thai-dari-jeneral-pengawal-peribadi-diraja-suthida-kini-permaisuri-thailand/
Sebagai bekas pramugari, pastinya Ratu Suthida bijak dalam bergaya dan pembawakan diri apabila berada di khalayak umum.
Pujian harus diberikan kepada Ratu Suthida kerana berjaya mengangkat karya dan seni rakyatnya di mata dunia. Patutlah Baginda disayangi rakyat jelata!