Tidak berkerdip mata tengok wajah terkini aktres jelita, Jue Aziz. Dari awal pembabitannya dalam industri seni sampai sekarang, ‘maintain’ cantik menawan! Walaupun hakikatnya dramatis ini sudah pun meniti usia 39 tahun pada 18 Februari lepas. Gorgeous!
Menerusi media sosial Jue Aziz, kebanyakan peminat meluahkan rasa rindu dengan lakonan figura ini. Malah rata-rata daripada mereka mengagumi kecantikan Jue yang dikatakan tidak mamah dek usia dan masih mempersona seperti zaman anak dara.
Pernah membintangi filem Hantu Bonceng, Jue yang sebelum ini agak menyepi daripada dunia lakonan kembali mewarnai industri. Pada hujung tahun lalu, Jue muncul dalam drama Zombie Jarum Vaksin bergandingan bersama pelakon handalan antaranya Farid Kamil.
Namun, nama Jue Aziz menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas dia memuat naik foto di pelamin dengan seorang jejaka di Instagram miliknya. Ternyata, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi peminat.
Enggan menimbulkan salah faham, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.
“Firstly Jue nak terangkan kat sini mengenai pertunangan Jue tu betul ke tak? Actually tu anak buah (nephew) Jue ada post semalam. Jue hanya bergambar ambil berkat. Kata oranglah kan atas pertunangan anak buah Fifi dan berangan ambil gambar tak salah kan?
Tak sangka pula jadi kecoh macam ni sebab picture tu pun tak nampak macam orang bertunang. Siap pegang bunga sama-sama bersentuhan. Lagipun Jue ada post before tu picture anak-anak buah Jue ni.
Alhamdulillah Jue really appreciate doa-doa kalian non stop wish DM Jue until now. Manalah tahu berkat doa-doa tu semua jadi kenyataan satu hari nanti dengan jodoh yang real.
Ada bagusnya jadi macam ni sebab ramai yang masih ingat Jue dah kahwin atau tak pernah kahwin lagi. Jadi isu ni dapat clearkan kekeliruan status Jue. Single lagi ok!
So kat luar sana tak payah nak frustrated sangat. Kelakar juga tengok komen korang. Betul-betul make my day. Thanks support Jue really appreciate. Walaupun Jue dah lama menyepi tak sangka masih lagi ramai yang mengikuti perkembangan Jue.”
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Jue turut menjelaskan mengenai status permata hati kesayangannya iaitu Darwish Naufal. Terangnya, “Anak Jue, Darwish bukan hasil dari perkahwinan yang lepas ya. Jue ambil Darwish sebagai anak angkat dari Jue belum berkahwin lagi.
Harap lepas ni tiada lagi salah information yang boleh buatkan sesuatu isu itu menjadi lebih sensitif kepada sesetengah pihak.”
Jue sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel Thandian pada 9 Mac 2014 namun perkahwinan yang dibina tidak berkekalan. Kedua-duanya sepakat mengakhiri perkahwinan mereka secara baik kira-kira tiga tahun lalu.