Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes pada tahun 1992? Kecantikan yang dimiliki selebriti Mexico ini nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 26 Ogos lepas. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah sedikit pun tak menggambarkan umur Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!
Lebih 2 dekad mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Ads
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya, Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan hampir 20 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’.
Ads
Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan berenang. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga.
Teruja tengok aksinya melakukan teknik pilates sebab bukan mudah untuk mahir dalam rutin tersebut kerana memerlukan keseimbangan tubuh yang tinggi.
Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh seksi seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia yang sudah pun memasuki usia 51 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan.
Ads
Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, macam melihat satu keajaiban apabila menatap gambar wajah wanita cantik yang dilahirkan di Taiwan ini. Siapa sangka pemilik nama Lure Hsu ni sebenarnya sudah pun memasuki usia 40an atau lebih tepat lagi 43 tahun! Lure Hsu yang bekerja sebagai pereka fesyen ini turut mendapat perhatian netizen gara-gara wajahnya yang muda 20 tahun daripada usia sebenar.
Dalam satu tembual bersama sebuah majalah di Taiwan, Lure turut berkongsi rahsia utama mengekalkan kecantikannya dan tampak awet muda ialah air. Beliau percaya dengan meminum air kosong secukupnya setiap hari dapat membantu diri kekal segar dan bertenaga tanpa perlu risau tentang proses penuaan. Cara ini telah dicuba oleh beliau selama berpuluh-puluh tahun dan ternyata ia berkesan!
Selain itu, Lure sangat menitik beratkan pemakaian krim pelembap atau moisturizer setiap kali sebelum keluar rumah dan tidak akan membiarkan kulitnya terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Seterusnya, beliau juga tidak pernah lupa untuk mengoleskan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.
Setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan, pasti akan mencuba pelbagai cara untuk mengekalkan kulit yang bukan sahaja cantik tapi sihat. Bagi Lure, selain penjagaan kulit dari segi luaran, beliau turut mengambil supplement tambahan seperti Vitamin C dan kolagen. Akhir sekali, Lure akan memulakan harinya dengan meminum black coffee tanpa gula setiap hari.
Oleh kerana dikurniakan dengan kecantikan asli yang luar biasa, sebahagian pengamal media Asia menggelarkan beliau sebagai ‘goddess with a frozen age‘. Sebelum melibatkan diri dalam industri fesyen dan modeling, Lure sebelum ini bekerja sebagai pereka hiasan dalaman dan sehingga kini beliau memiliki lebih 750,000 pengikut di laman Instagram.
sumber foto: Instagram Lure Hsu
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi anda yang membesar menonton drama Cili Padi, sudah pasti anda cukup mengenali susuk wanita ini. Anne Ngasri, dahulunya pelakon cilik yang cukup dikenali dengan teletah dan gayanya yang bersahaja. Kini berusia 39 tahun, sudah pastinya ramai merindui untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di kaca TV.
Namun, dari karier seni ke dunia politik, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri kini semakin ligat mengalas amanah diberikan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.
Mengakui minat berlakon masih menebal, namun buat masa sekarang, baru-baru ini beliau menerbitkan sebuah karya, filem hasil kerjasama syarikatnya dengan Darling Ngasri. Diarahkan oleh pengarah Amor Rizan, filem ini sedang hangat ditayangkan.
Menurut sumber Sinar Plus ketika ditemui ketika pelancaran filem Jemputan Ke Neraka, Anne Ngasri sempat ditanya rahsia awet muda malahan wajah Anne yang seakan tidak langung dimamah usia.
“Sembilan bulan tak ambik nasi!” Itu respon ibu kepada enam cahaya mata ini bila ditanya rahsia kecantikannya. Malah menurut sumber tersebut lagi, Anne mendedahkan telah mengurangkan pengambilan nasi dan lebihkan minum air putih selain protein seperti ambil ayam, ikan dan sayur.
Hasilnya, Anne Ngasri kelihatan tak tumpah seperti anak dara malah beliau berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 11 kilogram. Di ruangan kepsyen setiap kali dia membuat hantaran, warga maya pasti akan memuji kecantikan dan wajah muda dirinya.
Terpikat dengan pesona Datin Seri Haflin Saiful. Mana tidaknya, dalam usia 40 tahun dia tampil menawan dan cantik dalam kelas tersendiri. Apatah lagi, Datin Seri Haflin memiliki cita rasa fesyen mewah dan membuatkan apa saja busana yang digayakan kelihatan cantik terletak.
Bergelar suri hati kepada Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas menteri tersebut dia dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jean Pierre Azize atau mesra disapa dengan nama panggilan JP.
Terbaharu, khabar gembira mengenai suami tercinta yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menarik perhatian ramai.
Berkongsi momen istimewa di samping Datuk Seri Nazri di Instastory miliknya, kelihatan Datin Seri Haflin yang mengenakan persalinan tradisi hijau dan berselendang hitam menyaksikan suaminya meninggalkan catatan di sebuah buku di Istana Negara.
Semalam, Wisma Putra mengumumkan pelantikan Datuk Seri Nazri sebagai salah seorang daripada 10 individu Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Meskipun timbul pelbagai persoalan mengenai pelantikan Datuk Seri Nazri, Kementerian Luar Negeri menjelaskan beliau dipilih kerana mempunyai pengalaman yang luas sebagai anggota pentadbiran negara.
Sekitar tahun 2019, Nona pernah bertemu jelitawan ini yang ketika itu melancarkan buku masakannya iaitu Cook With Love by Haflin.
Dalam majlis eksklusif tersebut, Datin Seri Haflin akhirnya mendedahkan wajah anak tersayang selepas tiga tahun menyembunyikan wajah JP daripada tatapan umum. JP kini sudah menginjak usia enam tahun dan menjadi seorang anak yang lincah serta bijak.
Diaju perkembangan anak waktu itu, Datin Seri Haflin dalam nada mesra memberitahu, “Baik suami mahupun saya sendiri, kami sepakat untuk menggunakan Bahasa Inggeris ketika bercakap dengannya. Memang kami mahu dia didedahkan dengan bahasa tersebut.”
Menjengah Instagram Datin Seri Haflin, dia seorang wanita yang gemar mengembara dan aktif mengamalkan gaya hidup sihat menerusi senaman. Patutlah sentiasa nampak langsing dan awet muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.