Halus dan gebu bak kulit bayi, kecantikan kulit wanita Jepun sememangnya layak dipuji. Biarpun usia bertambah namun wajah mereka tetap lembut dan awet muda. Menyingkap amalan wanita dari Negara Matahari Terbit itu, pasti ramai mengenali HADA LABO, jenama penjagaan wajah terkenal di sana. HADA LABO juga menekankan kaedah kecantikan Jepun untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah idaman.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, jadikan perayaan ini lebih bermakna dengan raut wajah yang anggun, manis dan berseri-seri dengan perawatan berasaskan amalan orang Jepun. Bukan dengan air basuhan beras atau minum teh hijau semata, tapi dengan amalan di bawah:
1. Sentiasa lembapkan kulit
Dalam budaya masyarakat Jepun, air melambangkan kehidupan dan kesucian. Tanpa air, tiadalah hidupan. Sama seperti kulit kita, ia mesti sentiasa dilembapkan supaya masalah kusam dan pigmentasi dapat diatasi. Kulit yang kering biasanya pencetus banyak masalah!
2. Penjagaan wajah tidak seharusnya menyusahkan!
Orang Jepun menyenangi gaya hidup yang ringkas dan bersih. HADA LABO juga mengekalkan sifat ini dalam regim penjagaan kulit. Tak perlu bersusah-payah dengan macam-macam langkah, cukup saja Mencuci, Mengoles losyen
dan Melembap kulit setiap hari.3. Pilih ramuan selamat
Demi kesihatan, amalkanlah kehidupan hijau dan bebas bahan toksik. Orang Jepun juga fokus untuk kehidupan yang minimalis dengan mengurangkan pembaziran. Kerana itulah HADA LABO tidak mengandungi bahan perengsa seperti pewarna atau pewangi tiruan, alkohol, minyak mineral, paraben dan MIT.
4. Tetapkan standard dalam penjagaan diri
Masyarakat Jepun mengamalkan budaya mengutamakan kebersihan, rajin bekerja, menepati waktu, berbudi bahasa dan berintegriti dalam kehidupan seharian. Begitu juga soal kecantikan. Mereka memberi perhatian kepada sekecil-kecil details dan menetapkan standard yang tinggi pada setiap peringkat. Itulah sebabnya HADA LABO Premium Whitening hanya diperkaya dengan bahan lembapan dan pencerahan yang bermutu tinggi.
Antara masalah kecantikan wanita Malaysia yang sering menghantui fikiran adalah kulit kusam dan tidak bermaya. Ramai yang terpaksa menempel concealer dan bermekap tebal bagi menyamarkan bintik hitam atau tompok-tompok gelap di permukaan wajah. Sayangnya, ia hanyalah penyelesaian sementara.
Oleh itu sempena musim perayaan akan datang, ayuh mulakan regim penjagaan kulit dengan rangkaian HADA LABO Premium Whitening. Rangkaian ini terbukti efektif untuk mencerahkan, mengatasi kulit kusam, bintik hitam dan rona kulit tak sekata.
Ia mengandungi bahan Asid Hyaluronik berkualiti tinggi (dalam ratio emas) untuk melembap setiap lapisan kulit sementara Niacinamide, Alpha-Arbutin
dan Vitamin C untuk kesan pencerahan 3 kali ganda. Dengan amalan konsisten, wajah yang diidam-idamkan pasti terserlah menjelang hari raya nanti.Nak miliki kulit cerah dan segar bermaya bak wanita Jepun, ini langkah-langkahnya…
Langkah 1: HADA LABO Premium Whitening Face Wash
Pencuci wajah ini membantu melembapkan kulit, mengatasi kekusaman dan membersih tanpa rasa mengeringkan. Infusi bahan-bahannya berkesan untuk meresap jauh ke dasar kulit dan menyerlahkan kulit yang ketara lebih lembut berseri-seri.
Langkah 2: HADA LABO Premium Whitening Lotion
Oles losyen HADA LABO sebagai langkah pertama selepas cucian wajah dan sebelum melembapkan kulit setiap hari. Di Jepun, kebanyakan wanita tidak lagi mempraktikkan pemakaian toner sebaliknya bertukar kepada losyen.
Fungsi losyen bukan sahaja mengecilkan pori-pori, malah melembap dan meningkatkan penyerapan produk penjagaan kulit yang seterusnya. Kulit yang mendapat lembapan secukupnya membantu sel-sel menyerap esen atau krim yang dipakai dengan lebih baik.
Formula terbaharu HADA LABO menggabungkan Triple Whitening dengan bahan lembapan untuk melembap secara mendalam dan mengimbangi semula tona kulit agar kompleksi wajah lebih berseri-seri. Ia juga mengimbangi pH kulit, bebas pewangi tiruan, pewarna tiruan, alkohol dan minyak mineral.
Formula Triple Whitening terdiri daripada Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C amat membantu menyerikan kulit kusam dan menyekatakan tona kulit. Sementara bahan lembapan terdiri 2 jenis Asid Hyaluronik yang mampu meresap ke dasar kulit untuk mengukuhkan rintangan lembapan sel.
* 87% mengakui kulit menjadi semakin cerah dan berseri.
* 95% mengakui bintik gelap berkurangan dan kesan jerawat semakin cerah dalam tempoh 14 hari.
* Berdasarkan penyelidikan ke atas 150 wanita Malaysia (23 November 2021 hingga 9 Januari 2022)
Langkah 3: HADA LABO Premium Whitening Water Gel
Pelembap bertekstur gel ini bukan saja mudah meresap, malah menyegar dan melembutkan kulit tanpa rasa lekit. Ia diperkaya dengan formula Triple Brightening, Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C untuk menyerlahkan semula kulit kusam, mengatasi bintik gelap dan menyekatakan tona kulit.
Kandungan Asid Hyaluronik memberikan lembapan lebih mendalam dan berpanjangan. Ia juga mengandungi ekstrak botani untuk mengawal lebihan sebum serta menghaluskan pori-pori.
Masih belum terlewat untuk memulakan regim penjagaan wajah yang tepat untuk menyerlahkan keserian kulit. Untuk informasi lanjut, layari website HADA LABO (klik sini) atau Facebook MY Hada Labo (klik sini).
#HLRayaGlow #Samasamaseri #HadaLaboMalaysia
This website uses cookies.