Like mother like daughter. Begitulah cantiknya anak gadis Datin Reena Zach, Putry Daniella Qistina yang bakal melanjutkan pelajarannya di luar negara.
Memiliki raut wajah jelita dan cita rasa fesyen elegan seperti ibu tercinta, gadis remaja ini jelas matang serta mementingkan pelajaran.
Baru berusia 16 tahun sementara Datin Reena, 37, dua beranak ini sering tampil akrab seperti adik dan kakak. Malah sejak kecil lagi Putry sudah menunjukkan minat dalam bisnes dengan berniaga aksesori rambut secara online.
Meskipun bertuah dilahirkan dalam keluarga berada, anak-anak Datin Reena perlu akur dengan kehendak ibu bapa mereka yang mementingkan akademik.
Dalam hantaran terkini beliau, Datin Reena mengakui sukar menerima hakikat bahawa anak sulung kesayangannya bakal bertolak ke Scotland untuk melanjutkan pelajaran.
“Ini ibarat langkah pertama dalam perjalanan hidupnya. Saya telah melihat dia membesar, kini masanya untuk dia terbang tinggi.
Sepanjang tempoh membesar, Putry telah membuat mommy bangga. Saya harap dia belajar bersungguh-sungguh dan berseronok di Universiti Glasgow.” Datin Reena
Dalam masa yang sama, Datin Reena turut mendoakan yang terbaik buat anak gadisnya serta menunggu pencapaian yang lebih cemerlang di masa depan.
“Didoakan agar dia selalu dikelilingi rakan-rakan yang baik dan sentiasa di bawah jagaan Allah. Mommy love you so much kakak. Ketahuilah kasih sayang kami sentiasa ada walaupun kita berjauhan.
Insyallah Mommy sampai next week, tunggu mommy dan daddy okay sayang!” Datin Reena
Merupakan seorang bekas wartawan penyiaran, isteri kepada Dato’ Khairilaziry Wahid ini mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes sekitar tahun 2010. Datin Reena Zach atau nama penuhnya Nurzarina Zakaria, 37, kini di antara tokoh usahawan kosmetik terkenal di tanah air.
“Saya belajar selok-belok perniagaan dari seorang kenalan, kemudian buka sebuah kedai kosmetik di Bangi dan keluarkan produk jenama sendiri setahun kemudian,” kata graduan Universiti Teknologi Mara Malaysia itu.
Memetik Sinar Plus, anak sulung daripada empat beradik itu banyak mendapat inspirasi daripada bapanya, Zakaria Daud yang juga berniaga kosmetik. Sebagai Pengarah Urusan Lana Labs Global, Datin Reena terkenal dengan produk suplemen kecantikan kulit iaitu Crystal C.