Terpegun menatap foto terkini mereka sempena Hari Ibu, wajah jelita ‘copy paste’ Mama tercinta, kecantikan ibu Izara Aishah sekali lagi jadi bualan peminat.
Bersempena sambutan Hari Ibu yang jatuh pada tanggal 12 Mei 2024, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk meraikan kasih sayang dan pengorbanan ibu tercinta.
Turut memuat naik kenangan indah ini di media sosial adalah selebriti jelita Izara Aishah bersama Mamanya, Shafina Khalid.
Sama-sama mengenakan busana rona krim, anak-beranak ini turut merakamkan foto bersama dua cahaya mata Izara iaitu Irisa Alaia dan Amara Amina. Tiga generasi bergabung, cantik-cantik sungguh keturunan mereka ni!
“My mama. I don’t know what I would do without you.” Izara Aishah
Macam adik-kakak, jelas kelihatan persamaan raut wajah serta senyuman ibu dan anak dari susur galur Pakistan ni. Seiras dan copy paste sangat.
Perkongsian pelakon jelita yang juga Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu sekali lagi menjadi bualan peminat yang rata-ratanya memuji kecantikan mereka.
Izara Aishah atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin kini berusia 32 tahun berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang juga anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.
Kunci kepada solekan menawan adalah bergantung pada asasnya. Asas kepada solekan adalah base. Tapi apakah solekan yang akan menyerlahkan kecantikan wanita pada tahun ini?
Solekan asas pada tahun ini lebih sederhana berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Trend solekan asas pada tahun ini mengarah kepada sesuatu yang lebih natural dan glowing. Efek solekan yang terhasil seperti melihat diri sendiri ditambah pula dengan kulit wajah lebih bersinar.
Tahun 2017 sudah melabuhkan sayapnya dan meninggalkan teknik mekap yang dipanggil contouring yang begitu popular sebelumnya. Teknik yang membentuk wajah ini bukan lupus sama sekali tetapi diminimumkan pemakaiannya menjadi lebih nipis dan tidak terlalu tegas.
Bagi menikmati hasil contouring yang tidak terlalu dramatis, anda boleh menggunakan produk jenis contouring bertekstur serbuk. Tekstur jenis ini memberikan hasil yang lebih nipis sehingga tampil lebih natural.
Cara Menghasilkan Mekap Glowing Skin
Langkah 1: Sebelum bersolek, sapukan pelembap atau serum dengan sempurna.
Langkah 2: Sapu bedak asas jenis cecair mengikut tona kulit atau Krim CC di seluruh kulit wajah.
Langkah 3: Gunakan illuminator pada daerah yang ingin dicipta efek glowing seperti pipi, dagu atau tulang mata dan alis.
Langkah 4: Sapu bedak padat atau bedak tabur sebagai langkah terakhir. Wajah berubah menjadi natural dan glowing. Hamizatul Maizan Mohamed
Produk Mekap Pilihan Nona
Laura Mercier Face IlluminatorGivenchy Matisisme Velvet CompactBy Terry CompactBecca Gradient GlowCover Fix Well Palette Holiday 2017Shiseido Synchro Skin GlowCle de Peau The FoundationBecca Face PaletteYSL All Hours ConcealerUrban Decay Allnighter ConcealerH&M Custom Color Drops
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi selebriti popular dengan pengikut mencecah 376 juta di Instagram pastinya bukan hal yang mudah. Bagi Selena Gomez, serba-serbinya jadi perhatian terutama sekali soal kecantikan. Namun baru-baru ini, wanita berusia 30 tahun itu memilih mempamerkan wajahnya tanpa solekan – terbukti Selena juga punya masalah kulit macam orang lain!
Pada zaman media sosial ini, ramai wanita mendapat keyakinan diri daripada filter kamera yang digunakan.
Berbeza dengan pengasas jenama solekan Rare Beauty itu, beliau tampil bare face dengan rambut ikal messy bahkan tidak gusar menunjukkan jerawat kecil di bawah hidungnya.
“Me.”
Tulisnya ringkas pada 2 Februari 2023 lepas.
Hantaran tersebut menuai banyak komen-komen positif dan pujian daripada rakan-rakan Selena serta peminatnya. Sangat ramai yang terkesima melihat wajah polos beliau, malah mengagumi keberaniannya tanpa ‘kepalsuan’ di media sosial.
“Akhirnya seorang selebriti yang normal, dan menunjukkan bahawa tiada yang sempurna setiap saat dan setiap hari.”
KIND WORDS
Selena Gomez yang popular dengan lagu seperti ‘Lose You To Love Me’ dan ‘Come & Get It’ itu sering memperjuangkan semangat positif dalam kerjayanya.
Antara yang terkini, himpunan bibir Kind Words menerusi jenama miliknya Rare Beauty bagi menggalakkan pemakai sentiasa tampil cantik dan berkata-kata yang baik ketika bergincu.
Kind Words ditampilkan dalam pilihan Matte Lipstick dan Matte Lip Liner yang cukup ringan serta tidak mengeringkan bibir. Perlu ada Februari ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes pada tahun 1992? Kecantikan luar biasa yang dimiliki selebriti Mexico ini nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut hingga ke hari ini.
Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-49 pada 26 Ogos nanti. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah sedikit pun tak menggambarkan umur Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!
19 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 12 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 9 tahun. Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Thalia di samping suamiThalia pada zaman mudaKetika memegang watak Rosalinda
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya, Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan, tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah. Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 16 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik… kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Tahun lalu, Thalia hadir dengan lagu duet terbaharunya ‘No Me Acuerdo’ bersama Natti Natasha yang memperoleh lebih 1 bilion tontonan di YouTube!
Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan berenang. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga.
Teruja tengok aksinya melakukan teknik pilates sebab bukan mudah untuk mahir dalam rutin tersebut kerana memerlukan keseimbangan tubuh yang tinggi.
Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh menawan seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia yang bakal memasuki usia 50 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Kredit foto: Instagram Thalia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!