Hiburan

Wajah Copy Paste, Kecantikan Ibu Izara Aishah Sekali Lagi Jadi Bualan Peminat

Terpegun menatap foto terkini mereka sempena Hari Ibu, wajah jelita ‘copy paste’ Mama tercinta, kecantikan ibu Izara Aishah sekali lagi jadi bualan peminat.

Bersempena sambutan Hari Ibu yang jatuh pada tanggal 12 Mei 2024, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk meraikan kasih sayang dan pengorbanan ibu tercinta.

Turut memuat naik kenangan indah ini di media sosial adalah selebriti jelita Izara Aishah bersama Mamanya, Shafina Khalid.

Sama-sama mengenakan busana rona krim, anak-beranak ini turut merakamkan foto bersama dua cahaya mata Izara iaitu Irisa Alaia dan Amara Amina. Tiga generasi bergabung, cantik-cantik sungguh keturunan mereka ni!

“My mama. I don’t know what I would do without you.” Izara Aishah

Instagram: @izaraaishahofficial

 

Instagram: @izaraaishahofficial

 

Instagram: @izaraaishahofficial

 

PAKISTAN

Macam adik-kakak, jelas kelihatan persamaan raut wajah serta senyuman ibu dan anak dari susur galur Pakistan ni. Seiras dan copy paste sangat.

Perkongsian pelakon jelita yang juga Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu sekali lagi menjadi bualan peminat yang rata-ratanya memuji kecantikan mereka.

Instagram @izaraaishahofficial

 

Instagram @izaraaishahofficial

 

Izara Aishah atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin kini berusia 32 tahun berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang juga anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/punyai-fashion-sense-tersendiri-gaya-classy-izara-aisyah-jadi-inspirasi-walau-bertudung-labuh/

Share
Published by
Norzalina