Wajah Eksotik Persis Gadis Latin, Kecantikan Anak Bongsu DATIN MARIA ARSHAD Curi Tumpuan

Sebelum ini, aktres popular era 80an iaitu Datin Maria Arshad jarang berkongsi gambar anak bongsunya, Nabilla yang cantik manis ini.

Namun hari ini, Datin Maria memuat naik satu hantaran di instagram @citarasa.mariaarshad berkongsi detik gembira apabila Nabilla berjaya menamatkan pengajiannya di Curtin University Perth, Australia baru-baru ini.

Menerusi hantaran itu, Nabilla dirai dalam satu majlis konvokesyen yang diadakan di universiti tersebut.

Penampilan ibu dan anak ini sangat manis apabila kedua-duanya menyarungkan kebaya rona lembut.

Tulis Datin Maria di ruangan kapsyen: –

“Tahniah buat anak bongsu saya, Nabilla yang telah berjaya menamatkan pengajian.

“Graduate with a Bachelor of Science: in Psychology. All the best for your future.”

Untuk rekod, Datin Maria Arshad pernah berkahwin pada usia 16 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zulkifly Azahari dan Norazlina.

Namun perkahwinan pertama Datin Maria Arshad tidak panjang.

Beliau kemudiannya bertemu jodoh dengan Datuk Abdul Rahman Abu Bakar. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nabilla Manissa dan Natasha Munira.

Pun begitu, suaminya meninggal dunia pada Julai 2022.

WAJAH EKSOTIK PERSIS THALIA ‘ROSALINDA’


Menjengah ke ruangan komen rata-rata menitipkan ucapan tahniah.

Malah, ramai juga yang terpegun dan terpesona dengan kecantikan Nabilla atau nama sebenarnya Puteri Nabilla Manissa yang disifatkan cantik semula jadi.

“Tahniah!!!! Masha Allah… Dua-dua cantik!”

“Mak dan anak sama cantik.”

“Cantiknya mak dan anak.. bagi saya inilah rupa Melayu asli.”

“Sgt cantikkk. Tgk la mom dia siapa kann..

Ada juga beberapa pengikut yang menyamakan raut wajah Nabilla yang jelita persis Thalia, aktres telenovela popular Latin ‘Rosalinda’.

“Cantik, memang eksotik, natural beauty. Sekali pandang macam Rosalinda.”

“Tengok sekali macam Rosalinda.”

“Iras pelakon watak Rosalinda Ayamor.”

Kini, Datin Maria Arshad dilihat komited mengusahakan bisnes keknya biarpun secara kecil-kecilan di bawah jenama By CitarasaMariaArshad.

Kredit Foto: Instagram @citarasa.mariaarshad

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad