Kecantikan

Wajah Kurang Berkedut, Kulit Tegang! Revolusi Rawatan Wajah EMFACE Janjikan Kemudaan Tanpa Suntikan

Kecantikan wajah ibarat muka depan sebuah buku yang mencerminkan siapa anda sebenarnya. Ia menjadi petunjuk kepada gaya hidup dan kesihatan diri secara luaran. Kemudaan juga dikaitkan dengan kecantikan dan kecantikan pula dikaitkan dengan kejayaan serta kehidupan yang lebih baik. Justeru penjagaan wajah yang tepat mampu menyembunyikan tanda-tanda penuaan, antaranya menerusi rawatan  EMFACE yang dibawa khas oleh BTL Aesthetics untuk mengekalkan kemudaan tanpa jarum suntikan.

Sepetang bersama pakar perubatan aestetik dari Clique Clinic dan team BTL Aesthetics, pelbagai ilmu awet muda dikongsikan dengan Majalah Nona. Kalau dulu wanita terpaksa menahan sakit untuk cantik, kini segalanya lebih menyenangkan, cepat dan selesa.

 

TANDA PENUAAN

Di antara usia 30 ke 40 tahun, massa tubuh tanpa lemak akan mula menurun. Tanpa penjagaan wajah yang betul, dehidrasi, kesan UV dan sebagainya, kulit akan cepat menunjukkan tanda penuaan seperti nampak kendur, berkedut, menipis, mata cengkung, pigmentasi dan garis-garis halus.

Ditambah lagi faktor genetik, tabiat diet serta gaya hidup tidak sihat, kulit akan lebih cepat menua sebelum waktunya.

Rawatan wajah EMFACE kekalkan kemudaan

 

Kemajuan teknologi kecantikan melahirkan satu prosedur tidak invasif tanpa sebarang kesan downtime. Menerusi sesi EMFACE selama 20 minit, anda bakal menikmati pengalaman kecantikan yang luar biasa.

Selepas sesi konsultasi dengan pakar perubatan aestetik, wajah akan dibelai oleh juruterapi bertauliah. Bahagian kulit yang bermasalah di dahi dan pipi akan ditandakan dengan teliti sebelum EMFACE dimulakan.

EMFACE menggabungkan kebaikan radiofrekuensi dan tenaga HIFES bertujuan untuk merangsang kolagen serta elastin.

Pancaran HIFES menghasilkan getaran untuk menegangkan semula otot wajah sekaligus menghilangkan kedutan serta menjadikan kulit wajah semakin tegang dan anjal, malah menaikkan semula bahagian yang kendur di sekitar pipi.

Gabungan radiofrekuensi dan tenaga HIFES ke atas kulit

 

Rawatan EMFACE mampu menegangkan dan menganjalkan kulit, serta menaikkan semula bahagian yang kendur

 

Mesin berteknologi tinggi EMFACE

 

Selesanya rawatan EMFACE buat ramai yang nyenyak terlena. Dengan sesi ulangan sebanyak enam kali, banyak perubahan drastik berlaku, antaranya kulit makin anjal dan tegang seperti 10 tahun lebih muda.

Meskipun lebih sesuai untuk golongan berusia 40-an dan 50-an, ia sebenarnya selamat untuk pelbagai lapisan umur. “Penuaan menyebabkan otot muka lemah dan isi kendur ke bawah (tarikan graviti). Jadi rawatan EMFACE ini sangat membantu untuk menguatkan otot-otot tersebut, menghaluskan pori-pori dan menjadikan wajah lebih muda secara natural tanpa melibatkan jarum suntikan,” kata Dr Ong Kuok Tjun.

Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari web EMFACE https://www.cliqueclinic.com/blog/5-things-you-must-know-about-emface.

Atau ketahui lebih banyak tentang EMFACE di Instagram https://www.instagram.com/emfacemalaysia/.

Semak juga pelbagai info menarik tentang EMFACE di https://btlaesthetics.com/en/for-patients/emface-patients.

 

Share
Published by
Norzalina