Wajah Luar Biasa Cantik, Perkongsian SHIHA ZIKIR Ini Bongkar Rahsia Awet Muda!

Bolehkah wajah diremajakan semula? Well, kenapa tidak? Persis gadis sunti, impian anda untuk menikmati paras muka rupawan kini termakbul dengan satu rawatan ajaib iaitu APPELUTION. 

Berbeza daripada rawatan lain, APPELUTION adalah salah satu konsep Celmonze The Signature yang dicuba sendiri oleh selebriti, Shiha Zikir. Terkenal dengan julukan Rossa Malaysia, Shiha selalu menjadi bualan kerana bakat nyanyian dan kecantikan yang dimilikinya.

Nak tau macam mana APPELUTION menyerlahkan kecantikannya?

“Mula-mula saya susah nak percaya tentang rawatan macam ni. Bagi saya kebanyakan iklan memang direka untuk menarik perhatian pengguna semata-mata.

Tapi pandangan saya berubah setelah dipelawa mencuba Celmonze The Signature. Ia betul-betul efektif! Liang pori lebih halus, muka lebih cerah dan anjal! Wah, teruja betul saya.

Sewaktu mencuba APPELUTION, saya menikmati pengalaman yang hebat. Suasana di salun kecantikan profesional ni bukan saja menenangkan, malah saya gembira menjalani semua rawatannya. Rasa relaks!

Sambil membelai wajah, mereka juga mengurut dan menggunakan hot stone untuk melancarkan aliran darah. Tiba-tiba kulit saya jadi berseri-seri malah keesokannya tambah cerah dan tegang! Of course saya nak buat APPELUTION selalu!” akui Shiha tanpa berselindung.

Perkongsian Shiha sememangnya mengujakan ramai wanita berusia 25 tahun ke atas. Nona tertarik dengan keputusan serta-merta yang dijanjikan, maklumlah, siapa pun tak sabar nak tengok hasilnya!

Di Mana Keindahan Bertemu Inovasi

Melalui kempen ‘Di Mana Keindahan Bertemu Inovasi’, Celmonze The Signature membawakan tiga wanita berjaya iaitu Carey Ng, Anjoe Koh dan Shiha Zikir yang telah berjaya melakukan pembaharuan bagi mencapai matlamat mereka.

Mereka membuktikan bahawa setiap orang perlu mempunyai keberanian peribadi, kesabaran dan keupayaan yang tinggi apabila menempuh pembaharuan dalam hidup. Tiga wanita muda ini berkongsi pengalaman mereka dalam kempen tersebut.

Dalam banyak-banyak pusat rawatan kecantikan di negara kita, Nona tertarik dengan konsep Celmonze The Signature untuk penjagaan kulit yang profesional. Sambil memelihara dan membelai wajah, kita turut ‘dimanjakan’ dalam suasana istirahat yang sebenar. Minda, tubuh badan dan jiwa turut berehat sekali tau!

APPELUTION diperkenalkan untuk menyelesaikan 5 masalah utama kulit iaitu:

  • Dehidrasi
  • Kulit kendur
  • Kulit kusam
  • Pori-pori terbuka
  • Jeragat

Nampaknya semua masalah ni memang menghantui ramai wanita Malaysia! Jadi dengan gabungan Swiss Apple Stem Cell dari spesies epal yang jarang ditemui (Uttwiler Spatlauber), 7 tahun penyelidikan saintifik dan 21 bahan semula jadi, keremajaan kulit anda dapat dipercepatkan!

Menggunakan bahan-bahan yang mujarab dan kaedah tekanan tinggi, rawatan tanpa pembedahan ini tidak dapat dicapai dengan cara tradisional. Lebih menarik, kini Celmonze turut mempromosikan tawaran menarik untuk Appelution Stem Cell Complex 30ml atau The Flash Lifting Essence 60ml berharga RM388 beserta Appelution Travel Kit (7 produk) bernilai RM488 secara percuma!

5 TAHAP PENGAKTIFAN

Selain membuat rawatan di pusat kecantikan Celmonze The Signature, ikhtiar untuk meremajakan kulit harus diteruskan di rumah. Menerusi penggunaan produk-produk termaju yang dirumus secara intensif, anda dapat menggandakan prestasinya dengan cara yang mudah.

Penyelidikan di Celmonze International Laboratories berjaya melahirkan rejim APPELUTION oleh Celmonze The Signature. Ia merupakan sebuah konsep penjagaan kulit terkini di Malaysia dan Singapura yang boleh dipercayai dan dikendalikan oleh profesional.

Terdapat 5 tahap pengaktifan iaitu:

#1 Fresh Makeover

Untuk penghidratan pantas. Dengan manfaat asid hyaluronik dan ekstrak mikro alga biru, ia meningkatkan kesegaran kulit sekaligus menjadikannya berseri.

#2 Fast Recharger

Untuk memberi ‘skinergy’. Dengan ekstrak alga makro, kafein dan serbuk ruby, ia berfungsi dengan cepat untuk memulihkan peredaran mikro kulit agar ia lebih bertenaga.

#3 Quick Fixer

Untuk mengurangkan garisan halus. Ditambah dengan Beech Shoot Extract, ia mampu memperbaiki kulit kering dan tanda-tanda penuaan.

#4 Insta Younger

Untuk mengecilkan liang pori. Dipertingkatkan dengan Pseudo-Collagen dari ekstrak yis dan Q10, ia berfungsi dengan pantas untuk menghaluskan permukaan kulit dan mengurangkan minyak tidak diingini.

#5 Visi-Illuminator

Untuk mencerahkan kulit. Dirangsang dengan Retinol Liposomes (Phosphatidylcholin), ia berfungsi secara mendalam untuk menyerikan kulit.

So kenapa tidak? Takkan masih berkira-kira nak kekalkan kemudaan, itukan usaha dan hadiah terbaik untuk diri kita sendiri!

Ketahui lebih lanjut tentang rawatan APPELUTION dan kempen ‘Dimana Keindahan Bertemu Inovasi’ melalui laman web atau Facebook Celmonze. Tiga pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi rawatan ini secara percuma! Klik www.celmonzethesignature.com/campaign atau hubungi 016-7759925 sekarang!

 

Nak lebih senang, imbas saja QR Code ini!
Share
Published by
Norzalina