Kecantikan wajah aktres Bollywood Rani Mukerji kekal menawan di usia 45. Bagi penonton yang meminati filem Hindustan ‘Kuch Kuch Hota Hai’ pasti terkenang suara serak manja Tina yang menggoda. Apatah lagi melihat sepasang matanya yang berwarna hazel kecoklatan menyerlahkan lagi pesona wanita kelahiran Mumbai itu.
Berusia 45 tahun, Rani Mukerji kini masih kekal di ingatan peminat Bollywood. Menyorot perkembangan terkininya di media sosial, aktres yang pernah memenangi pelbagai anugerah itu dilihat masih aktif berlakon.
Ads
Dilahirkan dalam keluarga Mukherjee-Samarth, isteri kesayangan pembikin filem Aditya Chopra tersebut mula menempa nama melalui watak pelakon pembantu Kuch Kuch Hota Hai.
Susulan itu namanya kian meledak dan Rani Mukerji kerap dipilih mendukung watak utama dalam pelbagai filem box-office Bollywood.
Kejayaan itu sama sekali tidak berkait dengan pengaruh bapanya iaitu Ram Mukherjee, seorang bekas pengarah filem dan pengasas bersama Filmalaya Studios. Ibunya Krishna Mukherjee pula terkenal sebagai bekas penyanyi latar.
Tidak bersandarkan kecantikan semata-mata, ibu anak satu ini juga merupakan graduan ijazah dari Universiti Wanita SNDT. Rani Mukerji juga merupakan penari Odissi terlatih dan mula menyertai pelbagai kelas tarian sejak zaman kanak-kanak.
Paling mengujakan, tidak ramai yang tahu bahawa aktres Kajol dan Rani Mukerji sebenarnya adalah saudara sepupu. Kajol Devgan, 48 tahun merupakan anak kepada Tanuja dan Shomu Mukerji manakala Rani pula adalah anak kepada Ram dan Krishna Mukerji.
Ibu bapa mereka – Ram dan Shomu adalah sepupu rapat, menjadikan hubungan dua aktres ini bertaut sebagai saudara dua pupu.
Enggan menerima watak standard heroin filem Hindi, Rani Mukerji pernah memutuskan untuk menerima tawaran watak yang lebih mencabar dalam kerjayanya.
Ads
Meskipun keputusan tersebut mulanya sukar diterima penggiat seni India, namun akhirnya bakat seni Rani Mukerji diiktiraf.
Tahun 2004 menandakan permulaan tempoh yang paling berjaya dalam kerjayanya. Pada acara Anugerah Filmfare ke-50 pada tahun 2005, Mukerji memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita, menjadi satu-satunya pelakon untuk memenangi kedua-dua anugerah pada tahun yang sama.
PENULIS BUKU
Bakal membuat debut sebagai penulis buku, Rani Mukerji mencurahkan segala perasaannya dalam sebuah karya buku autobiografi yang dijangka menemui pembaca pada hari lahirnya, 21 Mac ini.
“Selama 25 tahun dalam industri perfileman India, saya jarang meluahkan isi hati saya tentang perjalanan hidup sebagai anak seni.
Ketika beraksi di layar perak, sebagai wanita saya sering dihakimi.
Ads
Saya juga tak mempunyai masa untuk berhenti seketika, untuk menoleh atau melihat kembali kehidupan saya sewaktu itu.
Jadi memoir yang ditulis ini adalah cara saya mengenang kembali detik-detik yang berlalu itu termasuk kenangan zaman kanak-kanak saya.” Rani Mukerji
Naskhah autobiografi Rani Mukerji terbitan HarperCollins India tersebut ditulis khas buat peminatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjayanya selama ini.
Banyak kisah-kisah menarik dan peribadi bintang Bollywood itu dikongsikan seperti yang tidak pernah dibayangkan sesiapa sebelum ini.
Tidak sekadar menulis, kini Rani Mukerji juga terlibat aktif sebagai aktivis kemanusiaan dan pejuang hak wanita serta kanak-kanak.
Antaranya dilantik sebagai duta oleh Procter & Gamble dan menubuhkan Tabung Rawatan Strok (2011) dengan kerjasama Persatuan Strok India untuk membayar untuk rawatan pesakit strok yang terjejas dari segi kewangan.
Agak sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran kakak kepada pelakon Shaheizy Sam dan juga isteri kepada ahli politik, Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mukhtar Radin. Kali terakhir berita yang melibatkan Zizie dia dan suami hadir ke mahkamah berikutan kes yang melibatkan rasuah berjumlah RM 2.8 juta.
Dan baru-baru ini, pelakon jelita ini menjadi perhatian warga maya selepas seorang jurusolek terkenal berkongsi wajahnya selepas disolek di laman sosial Instagram. Yang pasti ramai yang terkesima dengan kejelitaan Datin Seri Zizie Izette yang masih tampak anggun dan jelita.
Zizie yang kelihatan anggun menyarung persalinan hitam dari pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini dan hanya memakai topi dan menutup sebahagian rambutnya turut mendapat perhatian warga maya dan ada juga yang mempersoalkan gaya Zizie yang terkini seperti tidak dimamah usia meskipun sudah nampak agak berlainan jika hendak dibandingkan sebelum ini.
Biarpun gaya terbaru pelakon ini menjadi pertikaian netizen di media sosial disebabkan dirinya yang hanya mengenakan topi untuk menutup rambutnya, Zizie Izette tetap mendapat pujian peminat yang terpukau dengan kejelitaannya itu.
Di hantaran tersebut, walaupun ada yang mengecam penampilan terkini Zizie namun ada juga warga maya yang masih terpukau dengan kejelitaan ibu kepada lima cahaya mata ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Bermekap seperti tidak bermekap. Trend solekan natural ini mungkin kedengaran mudah tapi sebenarnya tidak. Menurut Priscilla Ono, jurusolek selebriti Rihanna yang juga Fenty Beauty Global MUA, kemahiran memilih dan ‘mengadun’ rona bedak asas adalah teknik penting untuk menghasilkan solekan jenis ini.
“Rihanna sendiri mahir bersolek,” kata Priscilla Ono tentang selebriti Hollywood yang juga Pengasas Fenty tersebut.
“Memandangkan beliau mempunyai kulit jenis berminyak, jadi dia selalu memastikan produk-produk mekapnya jenis matte dan kelihatan seperti kulit semula jadi.
Dia juga berasal dari Barbados dengan suasana yang lembap di sana. Jadi dia tak boleh memakai bedak asas yang berkilat atau jenis dewy dalam cuaca itu kerana ia akan cair,” ujar Priscilla yang sudah 16 tahun bergelar mekap artis.
Eksklusif untuk followers Nona, Priscilla turut berkongsi beberapa tip dan teknik bersolek seperti Rihanna menggunakan produk terbaru Fenty Beauty iaitu Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation.
Nak tahu teknik kesukaan Rihanna? Tonton BUAL CANTIK NONA BERSAMA PRISCILLA ONO ini.
Tahan lama dan ringan dengan kemasan matte lembut, bedak debu ini menawarkan 50 rona matte untuk dipilih. Rihanna mengilhamkan Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation kerana beliau menggemari kesan poreless dan flawless, serta yang penting sesuai untuk pelbagai tona kulit.
Untuk solekan jenis no-makeup look hingga jenis mampan, bedak serba guna ini pasti memberikan kepuasan tak terhingga buat penggunanya. Pilih rona yang sepadan kulit anda menggunakan Fenty Face Shade Finder di web Fenty.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut saja nama Datin Maria Arshad, pasti akan mengingatkan kita kepada penampilannya yang masih cantik serta ‘awet muda’ biarpun sudah berusia dan berstatus nenek. Kalah anak dara!
Sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini, Datin Maria Arshad memuat naik satu hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah, masih bernafas pada hari jadi saya yang ke……… biarlah rahsia.
“Terima kasih pada semua yang wish birthday saya, semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya, aamiin, in shaa Allah.”
Dalam pada itu, NONA turut menjengah ke akaun Instagram peribadi menantu kesayangan Datin Maria Arshad iaitu pelakon serta penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah atau Shiera.
Seperti yang kita tahu hubungan Shiera dan ibu mertuanya ini umpama isi dengan kuku. Beruntungnya Shiera kerana disayangi dan sangat serasi dengan mertuanya itu yang dipanggil Mama.
Selain menitipkan ucapan, Shiera turut mendedahkan rahsia sebenar ‘awet muda’ ibu mentuanya itu: –
“Happy birthday Mama. Doa semoga Mama sihat..positive as usual..Dilindungi..dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.
“Kalau orang tanya apa rahsia…
“Dia rajin puasa dari muda sampai sekarang. Puasa Isnin khamis..puasa hitam putih memacam posa semua dia memang rajin puasa.
“Sembahyang lama..mungkin semua sembahyang dia buat.
“Lepas makan setengah jam jangan duduk.
“Party ngan kengkawan pompuan…holiday…positive live.”
Tak ketinggalan, Shiera turut memuji ibu mentuanya yang rajin memasak.
“Dan rajin masak untuk menantu dan kengkawan menantu.”
Shiera merupakan ibu kepada lima anak. Isteri kepada pelakon, Ijoy Azhari ini bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik.
Manakala di ruangan komen pula, rata-rata memuji dan menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat Datin Maria Arshad.
Rakan artis seperti Rozita Che Wan atau Che Ta turut kagum dengan rahsia kecantikan Datin Maria Arshad.
Happy birthday Datin Maria Arshad! Semoga diberikan kesihatan yang baik, awet muda selalu dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Untuk info, Datin Maria Arshad dilihat mengusahakan bisnes keknya secara kecil-kecilan di bawah jenama By CitarasaMariaArshad.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...