Kecantikan wajah aktres Bollywood Rani Mukerji kekal menawan di usia 45. Bagi penonton yang meminati filem Hindustan ‘Kuch Kuch Hota Hai’ pasti terkenang suara serak manja Tina yang menggoda. Apatah lagi melihat sepasang matanya yang berwarna hazel kecoklatan menyerlahkan lagi pesona wanita kelahiran Mumbai itu.
Berusia 45 tahun, Rani Mukerji kini masih kekal di ingatan peminat Bollywood. Menyorot perkembangan terkininya di media sosial, aktres yang pernah memenangi pelbagai anugerah itu dilihat masih aktif berlakon.
Dilahirkan dalam keluarga Mukherjee-Samarth, isteri kesayangan pembikin filem Aditya Chopra tersebut mula menempa nama melalui watak pelakon pembantu Kuch Kuch Hota Hai.
Susulan itu namanya kian meledak dan Rani Mukerji kerap dipilih mendukung watak utama dalam pelbagai filem box-office Bollywood.
Kejayaan itu sama sekali tidak berkait dengan pengaruh bapanya iaitu Ram Mukherjee, seorang bekas pengarah filem dan pengasas bersama Filmalaya Studios. Ibunya Krishna Mukherjee pula terkenal sebagai bekas penyanyi latar.
Tidak bersandarkan kecantikan semata-mata, ibu anak satu ini juga merupakan graduan ijazah dari Universiti Wanita SNDT. Rani Mukerji juga merupakan penari Odissi terlatih dan mula menyertai pelbagai kelas tarian sejak zaman kanak-kanak.
Paling mengujakan, tidak ramai yang tahu bahawa aktres Kajol dan Rani Mukerji sebenarnya adalah saudara sepupu. Kajol Devgan, 48 tahun merupakan anak kepada Tanuja dan Shomu Mukerji manakala Rani pula adalah anak kepada Ram dan Krishna Mukerji.
Ads
Ibu bapa mereka – Ram dan Shomu adalah sepupu rapat, menjadikan hubungan dua aktres ini bertaut sebagai saudara dua pupu.
Enggan menerima watak standard heroin filem Hindi, Rani Mukerji pernah memutuskan untuk menerima tawaran watak yang lebih mencabar dalam kerjayanya.
Ads
Meskipun keputusan tersebut mulanya sukar diterima penggiat seni India, namun akhirnya bakat seni Rani Mukerji diiktiraf.
Tahun 2004 menandakan permulaan tempoh yang paling berjaya dalam kerjayanya. Pada acara Anugerah Filmfare ke-50 pada tahun 2005, Mukerji memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita, menjadi satu-satunya pelakon untuk memenangi kedua-dua anugerah pada tahun yang sama.
PENULIS BUKU
Bakal membuat debut sebagai penulis buku, Rani Mukerji mencurahkan segala perasaannya dalam sebuah karya buku autobiografi yang dijangka menemui pembaca pada hari lahirnya, 21 Mac ini.
“Selama 25 tahun dalam industri perfileman India, saya jarang meluahkan isi hati saya tentang perjalanan hidup sebagai anak seni.
Ketika beraksi di layar perak, sebagai wanita saya sering dihakimi.
Ads
Saya juga tak mempunyai masa untuk berhenti seketika, untuk menoleh atau melihat kembali kehidupan saya sewaktu itu.
Jadi memoir yang ditulis ini adalah cara saya mengenang kembali detik-detik yang berlalu itu termasuk kenangan zaman kanak-kanak saya.” Rani Mukerji
Naskhah autobiografi Rani Mukerji terbitan HarperCollins India tersebut ditulis khas buat peminatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjayanya selama ini.
Banyak kisah-kisah menarik dan peribadi bintang Bollywood itu dikongsikan seperti yang tidak pernah dibayangkan sesiapa sebelum ini.
Tidak sekadar menulis, kini Rani Mukerji juga terlibat aktif sebagai aktivis kemanusiaan dan pejuang hak wanita serta kanak-kanak.
Antaranya dilantik sebagai duta oleh Procter & Gamble dan menubuhkan Tabung Rawatan Strok (2011) dengan kerjasama Persatuan Strok India untuk membayar untuk rawatan pesakit strok yang terjejas dari segi kewangan.
Baru-baru ini NIVEA, jenama penjagaan kulit No. 1 di dunia menganjurkan acara sambutan “NIVEA Luminous Skin Journey” yang menampilkan seratus selebriti terkenal dan influencer kecantikan yang merupakan pengguna NIVEA LUMINOUS630. Antara yang hadir memeriahkan acara itu ialah KOLs selebriti kecantikan seperti Yana Samsudin, Emma Maembong, Elfira Loy, Mayho dan Miko yang berkongsi bagaimana Serum Anti Bintik Hitam No.1 Dunia ini membantu mereka mengatasi masalah bintik hitam yang tebal.
Pelakon tempatan Elfira Loy pula berkata, “Saya membuat keputusan untuk mencuba NIVEA LUMINOUS630 setahun lalu, dan hari ini ia telah menjadi sebahagian rutin penting dalam penjagaan kulit saya. Inovasi LUMINOUS630 yang dipatenkan hasil daripada penyelidikan lebih dari sedekad memberikan saya keyakinan untuk terus menggunakan produk ini. Lebih-lebih lagi, keberkesanannya terbukti daripada pengalaman saya sendiri! Dengan kehadiran cahaya mata baru, kurangnya tidur menyebabkan terhasilnya lingkaran hitam dan keletihan mata. Namun saya sangat gembira kerana NIVEA LUMINOUS630 bukan sahaja membantu menghapuskan masalah bintik hitam, malah rawatan mata LUMINOUS630 juga berkesan untuk membantu melawan masalah di sekeliling mata saya.”
Elfira LoyYana Samsuddin
Sesi perkongsian pakar oleh Dr Shazril dan Dr Nicholas turut memberikan pandangan dari sudut saintifik yang lebih mendalam di sebalik inovasi NIVEA LUMINOUS630. “Bintik hitam adalah masalah kulit yang biasa dan berbilion-bilion telah dibelanjakan oleh industri penjagaan muka untuk mencari penyelesaiannya. Sebahagian besarnya bintik hitam adalah disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlaku semasa pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari dan sinaran UV; ketidakseimbangan hormon dan pasca keradangan. “Tyrosinase inhibitors” atau “penghalang tyrosinase” adalah penyelesaian tersedia paling biasa dan selamat yang digunakan secara meluas di pasaran.
Walau bagaimanapun, ianya didapati tidak berkesan atau menunjukkan hasil keputusan yang lambat berikutan bahan aktif yang diuji pada enzim cendawan, yang kebanyakannya tidak berfungsi pada kulit manusia. Inilah yang membezakan NIVEA LUMINOUS630. Ramuan inovasi terobosan ini telah diuji dengan “tyrosinase” manusia untuk pemeriksaan “inhibitor” dan terbukti 10x lebih berkesan dalam mengurangkan bintik-bintik hitam berbanding bahan aktif pencerah terkenal lain di pasaran.” LUMINOUS630 juga telah dipatenkan dah terbukti secara klinikal dan disahkan oleh Institut Dermatologi malah turut diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology yang terkenal di dunia, JID.
NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum dan rangkaian penuhnya boleh didapati di semua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA Official. Rangkaian ini terdiri daripada penjagaan kulit siang dan malam, serta produk rawatan mata. Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terbaru, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/ .
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini sememangnya memiliki pesona tersendiri. Walau sudah berkahwin dan bergelar ibu, kecantikan Che Puan Juliana Evans tidak pudar dimamah usia. Mula mencipta nama dalam bidang pengacaraan seawal usia belasan tahun, jelitawan ini tidak hanya berjaya sebagai pengacara bahkan berbakat besar dalam industri seni lakonan.
Aktif berkongsi aktiviti terkini di media sosial, bekas pengacara program popular REMAJA ini juga tidak ketinggalan berkongsi momen sewaktu zaman kanak-kanak. Menerusi perkongsian gambar-gambar Che Puan Juliana, jelas terserlah kecantikan selebriti berusia 32 tahun tersebut.
Difahamkan Che Puan Juliana mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Garden (SSG) yang merupakan sebuah sekolah persendirian pada tahun 1990. Lebih istimewa, bapanya ialah salah seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan selama beberapa tahun. Malah dalam gambar yang dikongsikan Che Puan Juliana di sekolah kebanyakannya ketika dia berada di pejabat bapa tersayang.
Di samping bapa tersayangDi samping bapa tersayangKetika zaman sekolah
Ujarnya, “So grateful for the moments we had in primary school when everyone used to spend recess together playing all sorts of outdoor games. My favourite was ‘zero point’ or in Bahasa, ‘getah’. Moments like these are what school is all about, socialising, playing, eating, studying together.
Sad that the younger generation now for the past 2 years who don’t get this privilege (due to covid) to have a normal upbringing in school. I just hope that everything will go back to normal again soon so that children can have their school life back!”
Terbaharu, Che Puan Juliana mengacarakan sebuah program perubatan di saluran UnifiTV. Yang pasti, sejak bergelar ibu dan permata hatinya meniti usia dua tahun barulah Che Puan Juliana kembali aktif dengan kerjaya. Iyalah, sebagai ibu pasti beliau mahu memberi yang terbaik dan sepenuh tumpuan kepada anak.
Disember lalu, Che Puan Juliana melakar sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai Duta Kempen Promosi Pelancongan ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ selama dua tahun! Sebagai anak jati Selangor, ia sudah tentu khabar gembira buat personaliti ini kerana berpeluang mempromosikan negeri kelahiran.
Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup. Tahun ini merupakan ulang tahun perkahwinan keempat mereka.
Lebih dua tahun melayari rumah tangga, Che Puan Juliana dan suami akhirnya dikurniakan zuriat perempuan pada 13 Julai 2019. Puteri comel kesayangan mereka ini diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.
Meniti usia 32 tahun pada Julai nanti, pesona dan wajah cantik Che Puan Juliana masih memukau. Tidak hairanlah tahun lalu, namanya tersenarai dalam Top 100 Most Beautiful Woman dalam satu undian yang dilakukan di laman web Starmometer. Antara nama-nama wanita terkenal yang turut tersenarai ialah Taylor Swift, Gal Gadot dan Priyanka Chopra.
Selain mempunyai kerjaya seni, bekas penuntut jurusan Komunikasi Massa ini juga mengusahakan perniagaan Jevans Jewelry.
Kredit: Instagram Juliana Evans
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon era 80-an Indonesia, Ira Wibowo masih kekal jelita walaupun usianya sudah mencecah 55 tahun. Ira Wibowo, bekas isteri penyanyi yang popular dengan lagu Dinda Di Mana, Katon Bagaskara ini mempunyai cara tersendiri untuk kekal aktif dan cantik.
Memetik Kapan Lagi.Com, sejak kebelakangan ini, dirinya aktif melakukan aktiviti pilates memandangkan adiknya, Ari Wibowo baharu sahaja membuka sebuah pusat senaman pilates iaitu Pilates Re Bar di Kemang, Jakarta Selatan.
Selain itu, melalui perkongsian Ira di laman Instagram miliknya, ibu kepada dua cahayamata ini juga rajin melakukan aktiviti fizikal yang lasak antaranya termasuklah mendaki gunung, berbasikal dan menyertai acara larian yang dianjurkan di Jakarta.
Melihat gaya hidup pelakon berketurunan Jawa dan Jerman ini yang mementingkan aspek kesihatan, tidak hairanlah mengapa dia dilantik sebagai Duta oleh Yayasan Kanser Indonesia di mana Ira bertindak sebagai suara menyampaikan informasi mengenai bahaya kanser serviks dan pencegahannya.
Ibu kepada Andhika Radya Bagaskara dan Mario Arya Bagaskara ini lebih tenang menjalani hidup sebagai ibu tunggal selepas bercerai dengan pelantun lagu Dinda Di Mana, Katon Bagaskara. Walaupun telah lama bercerai, pasangan ini dilihat sering mengutamakan anak-anak dalam kehidupan seharian mereka.
Pasangan ini rasmi berpisah pada 18 Desember 2012. Pasangan ini sempat menikmati kehidupan sebagai suami isteri selama 16 tahun sebelum memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Mana tidaknya, baik Ira mahupun Katon Bagaskara akan memastikan mereka hadir di setiap majlis yang melibatkan dua anak hasil perkahwinan mereka serta anak perempuan, Chika Putri Bagaskara hasil perkahwinan terdahulu Katon bersama bekas isterinya, Monica Tri Mei Suciati.
Selain itu, walaupun berlainan agama di mana Katon Bagaskara menganut agama Kristian manakala Ira Wibowo beragama Islam, mereka tetap bersama-sama keluarga meraikan sambutan tersebut memandangkan Katon Bagaskara masih mempunyai ibu. Ira juga menganggap bekas ibu mentuanya itu seperti ibunya sendiri.
Selain aktif bersenam, wanita yang dilahirkan di German ini memilih gaya hidup yang aktif dan mengambil pendekatan untuk hidup tenang di samping keluarga dan rakan-rakan. Malah, Ira turut mempunyai hubungan akrab dengan bapanya, Wibowo Wirjodiprojo yang kini mencecah usia 93 tahun dan masih kekal sihat. Mungkin Ira mewarisi gaya hidup bapanya untuk kekal sihat dan bersemangat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.