Wajah Menawan RANI MUKERJI Usia 45, Ramai Terkenang Suara Serak Manja Tina Dalam Kuch Kuch Hota Hai

Kecantikan wajah aktres Bollywood Rani Mukerji kekal menawan di usia 45. Bagi penonton yang meminati filem Hindustan ‘Kuch Kuch Hota Hai’ pasti terkenang suara serak manja Tina yang menggoda. Apatah lagi melihat sepasang matanya yang berwarna hazel kecoklatan menyerlahkan lagi pesona wanita kelahiran Mumbai itu. 

Berusia 45 tahun, Rani Mukerji kini masih kekal di ingatan peminat Bollywood. Menyorot perkembangan terkininya di media sosial, aktres yang pernah memenangi pelbagai anugerah itu dilihat masih aktif berlakon.

Dilahirkan dalam keluarga Mukherjee-Samarth, isteri kesayangan pembikin filem Aditya Chopra tersebut mula menempa nama melalui watak pelakon pembantu Kuch Kuch Hota Hai.

 

 

 

 

Susulan itu namanya kian meledak dan Rani Mukerji kerap dipilih mendukung watak utama dalam pelbagai filem box-office

Bollywood.

Kejayaan itu sama sekali tidak berkait dengan pengaruh bapanya iaitu Ram Mukherjee, seorang bekas pengarah filem dan pengasas bersama Filmalaya Studios. Ibunya Krishna Mukherjee pula terkenal sebagai bekas penyanyi latar.

Tidak bersandarkan kecantikan semata-mata, ibu anak satu ini juga merupakan graduan ijazah dari Universiti Wanita SNDT. Rani Mukerji juga merupakan penari Odissi terlatih dan mula menyertai pelbagai kelas tarian sejak zaman kanak-kanak.

Paling mengujakan, tidak ramai yang tahu bahawa aktres Kajol dan Rani Mukerji sebenarnya adalah saudara sepupu. Kajol Devgan, 48 tahun merupakan anak kepada Tanuja dan Shomu Mukerji manakala Rani pula adalah anak kepada Ram dan Krishna Mukerji.

Ibu bapa mereka – Ram dan Shomu adalah sepupu rapat, menjadikan hubungan dua aktres ini bertaut sebagai saudara dua pupu.

 

 

 

 

Enggan menerima watak standard heroin filem Hindi, Rani Mukerji pernah memutuskan untuk menerima tawaran watak yang lebih mencabar dalam kerjayanya.

Meskipun keputusan tersebut mulanya sukar diterima penggiat seni India, namun akhirnya bakat seni Rani Mukerji diiktiraf.

Tahun 2004 menandakan permulaan tempoh yang paling berjaya dalam kerjayanya. Pada acara Anugerah Filmfare ke-50 pada tahun 2005, Mukerji memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita, menjadi satu-satunya pelakon untuk memenangi kedua-dua anugerah pada tahun yang sama.

 

PENULIS BUKU

Bakal membuat debut sebagai penulis buku, Rani Mukerji mencurahkan segala perasaannya dalam sebuah karya buku autobiografi yang dijangka menemui pembaca pada hari lahirnya, 21 Mac ini.

“Selama 25 tahun dalam industri perfileman India, saya jarang meluahkan isi hati saya tentang perjalanan hidup sebagai anak seni.

Ketika beraksi di layar perak, sebagai wanita saya sering dihakimi.

 

 

Saya juga tak mempunyai masa untuk berhenti seketika, untuk menoleh atau melihat kembali kehidupan saya sewaktu itu.

Jadi memoir yang ditulis ini adalah cara saya mengenang kembali detik-detik yang berlalu itu termasuk kenangan zaman kanak-kanak saya.” Rani Mukerji

 

Naskhah autobiografi Rani Mukerji terbitan HarperCollins India tersebut ditulis khas buat peminatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjayanya selama ini.

Banyak kisah-kisah menarik dan peribadi bintang Bollywood itu dikongsikan seperti yang tidak pernah dibayangkan sesiapa sebelum ini.

Tidak sekadar menulis, kini Rani Mukerji juga terlibat aktif sebagai aktivis kemanusiaan dan pejuang hak wanita serta kanak-kanak.

Antaranya dilantik sebagai duta oleh Procter & Gamble dan menubuhkan Tabung Rawatan Strok (2011) dengan kerjasama Persatuan Strok India untuk membayar untuk rawatan pesakit strok yang terjejas dari segi kewangan.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/watak-tina-dalam-kuch-kuch-hota-hai-awal-lagi-ditawarkan-pada-raveena-tandon-tapi-ditolak-mentah-mentah-saya-dan-kajol/

 

***************

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

***************

Share
Published by
Norzalina