Sekali imbas wajah Penyampai Berita TV ini seiras selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor. Meskipun dikurniakan rupa paras cantik namun jika tidak disusuli dengan usaha gigih dan semangat kental untuk memajukan diri, sudah pasti apa yang diidamkan tidak akan menjadi nyata. Baru berusia 23 tahun, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini berjaya melakar kejayaan dalam kelas tersendiri.
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hawa memulakan karier dalam bidang penyiaran sebagai pelatih industri di sebuah stesen televisyen swasta. Menyedari potensi yang ada pada wanita muda ini, Hawa seterusnya diterima menjadi wartawan penyiaran dan pembaca berita TV.
Ads
Rupa-rupanya darah dan bakat yang dimiliki Hawa diwarisi daripada bapa tersayang, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman yang pernah menjadi pengacara program RTM sekitar tahun 1990an.
Selain komited dengan kerjaya impian hari ini, dek kerana populariti Hawa di media sosial.. dia juga sering dijemput menjadi panel bagi program berbentuk motivasi dan juga ilmiah. Walau penglibatannya dalam industri penyiaran masih ‘hijau’, namun rezeki Hawa kian melimpah ruah apabila dia dilamar menjadi Duta jenama muslimah, Umma. Untung empunya badan!
Ads
Malah, nama Hawa semakin dikenali ramai sejak kemunculannya sebagai wajah terbaru Buletin Utama TV3 semalam. Seperti kebiasaan, wajahnya sekali lagi dikaitkan dengan rupa paras menawan Neelofa dan pastinya Hawa sudah lali dengan situasi tersebut.
Ads
Dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat … Hawa memiliki darah kacukan Arab, Siam dan Acheh. Patutlah cantik! Sebagai Instafamous dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial, kejayaan yang diraih Hawa sudah tentu menjadi pemangkin semangat khususnya buat generasi muda untuk menggapai impian seperti dirinya.
Kredit: Instagram Hawa Rizwana
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerajaan Negeri Kelantan melalui agensi media rasmi Kerajaan Negeri Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah atas penerimaan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK) membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan.
Menerusi gambar yang dikongsikan Unit Media Pejabat Kelantan, kelihatan Sultanah Kelantan itu anggun bertudung litup. Semenjak dimahsyurkan pada 2 Ogos lalu, Sultanah Kelantan itu sering mencuri pandangan menerusi perkongsian foto di laman sosial.
Sultanah Nur Diana Petra mendahului 769 penerima kurniaan darjah kehormatan tersebut di Istana Balai Besar, semalam.
Dalam istiadat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53 itu juga, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra yang dikurniakan gelaran Tengku Bendahara Kelantan.
Dalam istiadat yang sama, Che Puan Sofie Louise bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dari Brunei Darussalam menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) yang membawa kepada gelaran Dato’.
Manakala Exco Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, YB Dato’ Dr Izani Husin diperkenankan baginda menerima kurniaan Darjah Kebesaran Jiwa Mulia Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK), membawa gelaran Dato’.
Gambar: FB Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, cantik sungguh pemandangan dari mahligai Bonda Rozita Ibrahim! Bukan hanya memiliki persekitaran alam semula jadi yang terbentang luas malah sangat privasi dan eksklusif kerana terasing daripada tumpuan orang. Terpegun tengok kediaman usahawan Jamu Ratu Malaya ini yang tersergam indah dan menjadi satu-satunya rumah di puncak gunung.
Berkongsi suasana rumah pada Oktober lepas, Bonda Rozita mendedahkan dia merancang membina kediaman ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 lagi.
“Jujurnya saya tak nak pun buat rumah ni, pada awalnya kerana saya perlukan budget tu untuk menyiapkan keseluruhan resort. Impian bonda berumah kecil di puncak hutan yang jauh daripada orang ramai.”
Ujar ibu kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Yatie Kamarzaman ini, jiwanya cukup dekat dengan alam semula jadi disebabkan itu terbinanya mahligai Bonda Rozita Ibrahim di kawasan berkenaan.
“Bonda Ratu Hutan di tengah rimba. Saya memang nak kembali kepada asal saya ke hutan hidup nature – bersuluk. Bertemankan unggas, rumah kebun, sungai yang cantik saya melihat dari atas puncak tinggi berjirankan resort Rumah Terapi Alam dan perkampungan Orang Asli.
Di kejauhan warung bonda, tetamu boleh melihat rumah bonda di puncak awan. Mengasing diri, bonda di rumah puncak ada 5 hall view hutan tercantik dengan scenery 360 darjah. Seakan di New Zealand dan view Kundasang. Rumah saya tak besar pun tapi view super mewah alam ciptaan Allah.
Kabus pagi dan remang senja yang superb cantik. Saya jika tinggalkan dua jam pun, saya dah rindu.
Pagar kawat askar dibina sepanjang kawasan tanah (import dari Australia). Rumah saya tak sebesar rumah Kri (Aliff Syukri) ada 20 bilik, membazir je, rumah Yati pun besar juga. Rumah saya tak sebesar rumah mereka berdua, rumah bonda kecil saja.
Saya gunakan semanfaat yang boleh – ada lounge office dan surau, dapur open konsep dengan pemandangan hutan rimba, ada loft (loteng), glass house outdoor, ada rumah singgah untuk tetamu dan staf bonda berehat.”
Patutlah Bonda Rozita Ibrahim sering menjadi sumber inspirasi dalam kalangan wanita dan ahli perniagaan kerana misi serta impiannya yang melangkau ke hadapan.
“Sebelum ending tahun 2024 bonda raikan usia dengan kejayaan JRM Holistic, Rumah Hutan dan JRM International. Bonda membangun bersama staf-staf bonda yang amat sayangkan saya sebagai ibu. Kami bagai satu keluarga demi misi yang jelas, jihad ekonomi dan Islam.
Bangunlah wahai anak-anak Muslim, Melayu generasi yang saya harapkan menggantikan tempat saya nanti.”
Ketika ini, Bonda Rozita Ibrahim berangkat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah di samping anak gadisnya iaitu Nur Ain Sufiah dan pekerja kesayangan.
Mempertaruhkan perniagaan berasaskan perkahwinan adalah langkah bijak Juara Akademi Fantasia Musim Ke-5 ini mengembangkan empayar perniagaannya. Mila Jirin dapat menghidu peluang dan melihat dengan jelas bahawa asas perniagaan ini tidak akan berpenghujung.
Hampir setiap hujung minggu pasti ada pasangan yang mengikat ikatan perkahwinan dan merealisasikan impian dengan meraikan sanak-saudara di majlis resepsi mereka. Menyediakan sebuah hub perkahwinan di bawah satu bumbung membuat pasangan mempelai tidak perlu runsing tentang persiapan perkahwinan menjelang hari bahagia.
“Bizmilla Catering merupakan sebuah pakej perkhidmatan lengkap perkahwinan buat pasangan pengantin. Pasangan muda kini mempunyai impian perkahwinan tersendiri dan bijak merencana konsep perkahwinan mereka.
Di Bizmilla saya menawarkan 8 jenis dewan yang berbeza mengikut konsep yang menjadi pilihan pasangan pengantin. Boleh dikatakan saya menyediakan perkhidmatan dari hujung rambut sehingga hujung kaki sahaja. Pengantin hanya perlu senyum persis Raja dan Permaisuri sahaja di majlis perkahwinan, Bizmilla Catering yang settle semua,” tutur Mila Jirin atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin memulakan bicara.
Perniagaan yang diasaskan dan diusahakan bersama-sama suami tercinta, Ailis Mustapha ini sudah empat tahun meniti daripada bibir ke bibir pengantin di sekitar Lembah Klang. Meletakkan Bizmilla berada di platform yang kukuh dalam bidang ini, Mila mula mengatur langkah mengembangkan empayar perniagaan di luar Kuala Lumpur dan Selangor dengan merancang untuk bertapak di utara dan selatan tanah air.
“Saya mahu membuka cawangan di negeri lain kerana terdapat permintaan yang tinggi. Mungkin ada di kalangan mereka pernah menghadiri majlis resepsi saudara-mara yang lain dan menyuarakan hasrat agar ada kemudahan ini di tempat mereka juga,” bicara Mila tersenyum manis sambil membariskan susunan gigi yang cantik.
Sebagai Pengarah Urusan Bizmilla Catering cabaran dan persaingan adalah lumrah biasa perniagaan dan sentiasa dipandang positif oleh wanita yang berusia 30 tahun ini. “Bagi saya untuk kekal relevan dalam industri ini kita perlu sentiasa menaik-taraf perkhidmatan yang disediakan dan mengekalkan mutu perkhidmatan yang terbaik.
Memikat hati pelanggan dengan perkhidmatan yang baik adalah penting untuk terus berdiri dalam bidang ini. Sebagai contoh, dewan perkahwinan di Bizmilla setiap tiga bulan sekali akan menukar susun atur dan dekorasi mengikut trend yang popular dan menjadi pilihan pasangan pengantin.
Justeru, tidaklah tetamu yang hadir melihat dewan yang sama sahaja sepanjang zaman. Saya juga biasanya akan mengeluarkan pakej terkini seiring dengan perkembangan industri perkahwinan.
Menjadi wanita sukses sudah pasti menjadi impian setiap orang apatah kini Mila kini telah berstatus seorang jutawan. Bergelar jutawan muda sedikit sebanyak telah menyuntik semangat wanita lain untuk terus berusaha dalam perniagaan sehingga mengecap kejayaan.
“Sekarang saya mula membuat perkongsian tentang perniagaan dan bekerjasama dengan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan, turun padang berkongsi pengalaman dengan mereka yang memerlukan,” tuturnya lembut dan menjadikan Tony Fernandez sebagai inspirasinya untuk terus berjaya.
Bizmilla Catering ingin menjadikan perkahwinan anda realiti bukan lagi mimpi. Jadi siapa yang dah plan nak langsungkan perkahwinan tahun 2020? Kami ada berita baik untuk anda!
Tempah AWAL dan nikmati DISKAUN sehingga RM2,000 hanya di @bizmilla_catering
Tempahan 2020 DIBUKA. Hubungi SEGERA!!
#FullWeddingPackage @bizmilla_catering di DEWAN Bizmilla BERMULA dari RM25/PAX untuk SERIBU JEMPUTAN.
Pakej LENGKAP PERKAHWINAN terbaik kami termasuk:
ONE CITY, SUBANG, SELANGOR :
1. Bizmilla Wedding Hall RM26/Pax*
2. Bizmilla Garden Hall RM25/Pax*
3. Bizmilla City Hall RM25/Pax*
4. Bizmilla Event Hall RM30/Pax*
5. Bizmilla Grand Palace Ballroom RM35/Pax*
6. Bizmilla Royal Ballroom RM34/Pax*
CHERAS, KUALA LUMPUR :
1. Bizmilla Insya Hall RM28/Pax*
KAJANG, SELANGOR :
1. Bizmilla Amza Hall RM28/Pax*
*Harga tertera untuk SERIBU PAX
DIRECT Whatsapp untuk INFO LANJUT & FREE FOODTEST APPOINTMENT :
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...