MashaAllah, terpikat tengok raut wajah cantik Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid! Ternyata anak perempuan pengarah terkenal, Dato’ Ziela Jalil ini mewarisi kejelitaan ibunda tersayang.
Meniti usia 30 tahun, Dr Julia merupakan isteri kepada Dziya Faqhran dan memiliki dua orang cahaya mata. Anak perempuan sulungnya diberi nama Tun Alayna Zeeya. Sementara anak kedua pula ialah Tun Ameena Zeeya.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita cantik ini selamat melahirkan anak kedua pada 14 Januari lepas. Genap berusia tujuh hari, Dr Julia dan suami mengadakan majlis cukur jambul dan menamakan anak mereka sebagai Tun Ameena Zeeya.
Tanggal 17 September lalu merupakan ulang tahun kelahiran Dr Puteri Julia. Ibunda tersayang yang juga penerbit terkenal, Dato’ Ziela Jalil turut mengambil kesempatan hari istimewa tersebut mendoakan kesejahteraan anakanda tersayang.
Ternyata, titipan doa Dato’ Ziela menyentuh hati anak tersayang termasuk followersnya di media sosial.
“Happy birthday my first born, anak mama yang solehah, anak yang mama sayang. Syukur alhamdulillah Ya Rabb, Kau hadirkan anak penyejuk jiwaku yang sentiasa menjadi teman setia ku.
Ya Rabb, Kau angkatlah doa dari ibu yang serba-serbi kekurangan ini. Kau qabulkan segala doa-doaku dan anakku Ya Rabb. Rahmati dan berkatilah anakku ini, ku titipkan dia di dalam jagaan-Mu dan kasih sayang-Mu Ya Rabb.
Kurniakanlah Al’Afiyah Mu untuknya yang merangkumi segala-galanya hanya yang terbaik dari-Mu Ya Rabb.
Kurniakan kebahagiaan untuknya bersama suaminya dan anak-anaknya, Alayna dan Ameena. Kurniakan kasih sayang dan cinta setiap yang bersama dengannya, panjangkan umurnya dalam keberkatan, rezeki yang luas dan mewah.
Ya Rabb kau redalah ke atas anakku ini kerana aku telah meredainya, selamatlah anakku di dunia dan akhirat Ya Rabb. Happy birthday anakku Dr Puteri Julia Junid. Mama love you so much.”
Dr Julia mempunyai seorang adik lelaki iaitu Megat Jufri Nasrullah hasil perkahwinan ibunya dengan bapa mereka, Allahyarham Tan Sri Megat Junid pada tahun 1991.
Selain itu, Dato’ Ziela juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ibrahim Junid Abdullah.
This website uses cookies.