Gaya Hidup

Wajah & Telatah Comel LILA AMINA Raih Perhatian, Anak Kedua SCHA ALYAHYA Genap 2 Tahun!

Alahai, comelnya Lila Amina! Genap menginjak usia dua tahun pada 12 Februari lalu, wajah dan telatah manja Lila ketika sambutan ulang tahun kelahiran baru-baru ini di samping kakak tersayang, Lara Alana menarik perhatian peminat.

Seiras wajah kakaknya, Lila juga makin bijak dan ceria. Malah, adik-beradik ini cukup rapat di antara satu sama lain dan sering dilihat berpakaian sedondon. Macam kembar pula!

Bersempena hari lahir adik tersayang, Lara meraikan hari bahagia itu sambil menitipkan ucapan manis buat Lila.

Kredit Instagram @lilaaminaaa
Kredit Instagram @lilaaminaaa
Kredit Instagram @lilaaminaaa

“Happy second birthday to my best friend for life, my sister Lila Amina. To many more sibling fight, hair pulling and teasing each other and most importantly to more beautiful memories together. Kakak love you adik.”

Mengimbas kembali pemilihan nama anak kedua, Awal sebelum ini pernah mendedahkan, “Asalnya Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi. Sementara saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil sempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.

Selepas perbincangan, kami putuskan nama Lila Amina yang membawa maksud setia, jujur, dipercayai dan beriman.”

Kredit Instagram @lilaaminaaa
Kredit Instagram @awalashaari
Kredit Instagram @awalashaari
Kredit Instagram @awalashaari
Kredit Instagram @laraalanaa

Lila yang lahir pada 12 Februari 2021, mempunyai akaun Instagram sendiri yang dibuka kedua-dua ibu bapanya ketika anak kecil ini genap berusia sebulan.

Sehingga kini, akaun media sosial Lila sudah pun mencecah 200 ribu followers dan dia juga merupakan duta kepada Molfix Malaysia.

Sementara Lara Alana yang kini berusia sembilan tahun pula sudah pun memiliki 4 juta followers!

Kredit Instagram @awalashaari
Kredit Instagram @awalashaari
Kredit Instagram @awalashaari

Scha dan Awal dilaporkan sedang berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah di samping beberapa ahli keluarga.

Pasangan selebriti romantis ini sah bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012.

Share
Published by
Suzi