Kecantikan model dan aktres jelita, Nadya Hutagalung, 46 tahun, sampai ke hari ini masih menjadi sorotan netizen yang terinspirasi dengan gaya hidup modennya.
Kerjaya seni Nadya bermula seawal usia 12 tahun. Sejak itu, wanita berdarah Australia-Indonesia ini terus mengorak langkah sebagai aktres, model, bintang iklan dan VJ MTV Asia bermula tahun 1995.
Ads
Kini meskipun sudah lama tidak muncul di kaca TV, namun Nadya cukup aktif di media sosial, berkongsi rutin harian dan kegiatan kebajikan yang diminati. Beliau juga terkenal dengan hobi membaca serta mahir memasak.
Pernah didakwa melakukan pembedahan plastik demi mengekalkan kejelitaannya, Nadya pernah tampil menjawab tohmahan tersebut dalam satu wawancara di Metro TV.
“Tidak. Ini dari orang tua saya. Sama sekali nggak pernah.”
“Saya sudah 45 tahun. Secara fiziknya, iya saya merasa 45 tahun tapi secara hati dan fikiran tidak. Saya nggak judge orang lain yang mau operasi plastik (pembedahan plastik).”
RAHSIA TERBONGKAR
Salah satu rahsia kecantikan terbesar Nadya Hutagalung ialah mengurangkan pengambilan daging. “Itu paling bagus tapi tak perlulah berhenti sepenuhnya. Amalan pemakanan sihat adalah yang terbaik, banyakkan makan sayuran, makanan yang beragam warna dan minum banyak air.
Cara pemakanan kita akan terlihat di kulit. Jadi makanlah secara sihat kerana organ terbesar dari tubuh kita adalah kulit,” kongsinya.
“Apa pun yang ingin kita lakukan ke tubuh kita if inside we’re not happy tetap kelihatan nggak happy,” ujar Nadya yang amat meminati minuman green juice.
Rajin berolahraga juga menjadi rahsia Nadya mengekalkan bentuk badan langsing. Paling minimum, tiga kali seminggu, diikuti pilates dua kali seminggu. Nadya juga suka beryoga dan bermeditasi pada masa lapang.
DUNIA KEBAJIKAN
Ads
Nadya Hutagalung pernah tercalon dalam ‘The International Green Awards: Most Responsible International Celebrity 2012’ bersama selebriti antarabangsa lain seperti George Clooney, Penelope Cruz dan Vivienne Westwood.
Tahun 2014, Nadya melancarkan kempen ‘Let Elephants Be Elephants’ dan dokumentari tentang gajah itu disiarkan melalui National Geographic serta Nat Geo Wild.
Nadya juga pernah menghadiri UN General Assembly ketika Hari Haiwan Liar Sedunia dan merupakan Duta Global untuk WWF Earth Hour selama tujuh tahun berturut-turut.
Sekitar tiga tahun lepas, wanita hebat ini dilantik sebagai UN Environment Goodwill Ambassador serta menjadi wajah utama kempen UN #wildforlife di peringkat dunia.
Ads
Di sebalik kisah inspirasi Nadya, wanita ini sebenarnya sangat menjaga privasi dan jarang berkongsi tentang kisah peribadi mereka sekeluarga. Ibu kepada tiga anak iaitu Tyrone, Fynn dan Nyla itu juga bertuah kerana pasangannya sekarang bukan calang-calang orang.
Profesion suami Nadya iaitu Desmond Koh baru-baru ini menarik perhatian ramai. Sejak bernikah di Uma Ubud, Bali pada tahun 2006, tidak ramai yang tahu bahawa beliau sebenarnya adalah bekas atlet renang Singapura.
Selepas meninggalkan arena sukan, Desmond dilantik sebagai Pengarah di Credit Suisse Private Bank, seterusnya menyertai dunia pelaburan di beberapa organisasi terkemuka.
Selain amal kebajikan, kini Nadya juga bergelar entrepreneur dengan meluncurkan produk perhiasan OSEL yang bererti Cahaya Jernih. Di Singapura, Nadya aktif sebagai juri dan hos rancangan Asia’s Next Top Model.
Foto: Instagram @nadyahutagalung
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orangnya memang cantik. Tidak dinafikan Siti Saleha antara selebriti tanah air yang bebas daripada kontroversi. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, jarang dengar berita kurang enak mengenainya.
Bahkan Siti Saleha cukup menjaga privasi dan hanya berkongsi aura positif serta aktiviti seni di media sosial miliknya.
Tidak hairanlah, dia menjadi pilihan pengarah dan penerbit filem. Malah wajah cantik pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku ini juga sering menghiasi kempen promosi bagi kebanyakan jenama mewah antarabangsa.
Baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 pada 14 Mac lepas, Siti Saleha Baharom merupakan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam.
Siti Saleha juga berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya baru-baru ini. Mesra melayan peminat, pastinya mereka inilah yang menjadi penyokong utama Siti Saleha dalam industri seni.
Selain berbakat besar sebagai pelakon, Siti Saleha juga ada bakat sebagai pengacara televisyen dan menjadi juri jemputan bagi Muzikal Lawak Superstar 3.
Hasil kerja keras dalam industri, Siti Saleha pernah meraih anugerah Pelakon TV Wanita Popular ke-33 dan pada Februari lalu, dia merangkul Anugerah Telenovela bagi kategori Pelakon Wanita Telenovela Popular.
Dia dikhabarkan mula bekerja sejak usia 18 tahun dan pada ketika itu sudah mula berdikari dan hidup sendiri.
Sebelum ini, Siti Saleha turut melakar kejayaan manis apabila meraih anugerah kategori Asian Model sempena penganjuran Asia Model Festival 2020 yang pernah dirangkul dua selebriti popular tempatan iaitu Amber Chia dan Amelia Henderson.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun sudah lama meninggalkan dunia pengacaraan namun bakat dan nama Puan Sri Normala Samsudin masih diperkatakan hingga ke hari ini. Bersandarkan pengalaman yang luas dalam industri penyiaran, tidak hairanlah beliau sering dijadikan rujukan bagi mereka yang berhasrat menceburkan diri dalam pentas dunia glamor tersebut.
Berusia 60 tahun, Puan Sri Normala yang dilahirkan pada 4 Jun 1964 di Johor ini lebih bahagia selepas bergelar nenek dan membahasakan dirinya sebagai Tok Mama.
Puan Sri Normala selamat menimang cucu sulung lelaki diberi nama Aamin Yusuf yang juga anak sulung kepada Dr Ruhila dan suami, Majid Nazli pada 15 Jun 2022.
Walau umur sudah pun mencecah 60 tahun namun isteri kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Azmi Khalid ini kekal jelita dan seolah-olah tidak dimamah usia.
Disifatkan seorang wanita yang gemar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktiviti lasak, Puan Sri Normala menerusi media sosial miliknya turut berkongsi aktiviti seperti berbasikal, mendaki dan pernah menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Gunung Kinabalu dan Gunung Batur di Indonesia.
Dalam temu bual bersama Nona suatu ketika dulu, jelitawan ini menitipkan pesan bermakna buat kaum wanita.
“Setiap wanita itu dilahirkan berbakat cuma ia berbeza-beza. Kalau cantik dan bijak serta berbakat namun kurang budi bahasanya, dia tidak dikenang sebagai manis dan santunnya.
Jadi, jadilah wanita yang bukan saja cantik, berbakat dan bijak, malah wanita yang penuh santun susila dan teguh imannya.
Benar, setiap wanita itu perlu diberikan pendidikan yang tinggi walaupun akhirnya sebagai suri rumah. Wanita berpendidikan adalah pengurus yang sangat baik.
Mengurus anak dan rumah tangga bukan sesuatu yang senang, ia perlu sentiasa ada instinct dan mengurus setiap masalah dengan baik, bijak dan tepat.
Wanita bijak tidak akan sentiasa serabut, kerana dia takda masa memikirkan sesuatu masalah terlalu lama dan jadi berkarat.
Jika dia tidak ada pendapatan dan terpaksa jadi ibu tunggal, dengan pendidikan walaupun tidak tinggi dia boleh menyara keluarga. Bayangkan kalau pendidikan tinggi, wanita itu akan hebat walau apa pun situasi yang menyusahkan dan menjengkelkan.”
Puan Sri Normala Samsudin merupakan bekas pengacara, wartawan penyiaran, penyampai berita dan pelakon. Sepanjang menceburi kerjaya itu, beliau cukup popular dalam industri dan salah satu program kendaliannya yang masih diingati sampai sekarang ialah program Nona di TV3.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, genap tiga tahun Fazeera bergelar suri hati Fizo Omar. Sepanjang tempoh perkahwinan yang berusia tiga tahun itu, pasangan ini cekal melayari alam rumah tangga.
Lebih membahagiakan, mereka dikurniakan rezeki menimang dua cahaya mata dalam tempoh yang singkat.
Tidak sekadar menambah bilangan ahli keluarga, Fazeera yang juga bekas pramugari turut melakar pencapaian sendiri apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang.
Kongsinya, “Alhamdulillah pejam celik, dah kahwin, mengandung 2 kali, sambil perut besar tu lah duduk exam, belajar online, tiap minggu ada 3-4 classes, sekarang sedar-sedar eh dah berlalu dah.
Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan inshaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Master’s Degree.”
Bersempena ulang tahun perkahwinan ketiga, Fazeera menitip ucapan romantis buat suami tercinta.
“Happy Anniversary Daddy Spoppy. Wish your health and wealth so can produce more babies.”
Fazeera dan Fizo sah bergelar suami isteri 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fizo Omar, dia turut mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam.
Semoga rumah tangga yang dibina Fazeera dan Fizo kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sedang berada di puncak setelah mengemudi program hiburan terkemuka di Malaysia iaitu Meletop. Hawa Rizwana Redzuan kini semakin...