Terpegun dengan kecantikan asli isteri vokalis kumpulan Ungu, Pasha. Mana tidaknya, walau sudah memiliki empat anak namun tetap kelihatan menawan. Ditambah pula penampilan Adelia Wilhelmina yang anggun berhijab… bagai tidak puas mata memandang!
Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 30 tahun ini memutuskan untuk berhijab sekitar tahun 2016 yang lalu. Sejak detik itu, Adelia sering mengenakan busana labuh dan bertudung litup setiap kali berhadapan dengan khalayak.
Dia yang pernah berkhidmat sebagai pramugari bagaimana pun mengambil keputusan untuk berhenti daripada kerjaya tersebut semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak. Alahai, beruntung Pasha!
Sah bergelar isteri penyanyi lelaki popular Indonesia berkenaan pada tanggal 11 November 2011, usia perkahwinan Adelia dan Pasha yang kini meniti usia hampir sembilan tahun terus diulit bahagia.
Apatah lagi dengan kehadiran empat cahaya mata comel mereka iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Princess Kayla Mutiara Pasha.
Selain menjaga kesemua anak-anak mereka dengan baik, Adelia juga sangat akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya ketika bersama bekas isteri, Okie Agustina.
Pasha yang aktif menceburi bidang politik Indonesia dan sibuk dengan jadual tugas sebagai Wakil Wali Kota Palu dilihat tetap meluangkan masa bersama keluarga. Dek selalu menemani sang suami menghadiri program politik, Adelia juga difahamkan terbabit dengan parti politik yang diceburi Pasha.
Hampir sedekad melayari perkahwinan, Adelia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan insan bergelar suami yang sangat memahami dan penyayang. Kongsinya, “Mudah-mudahan Allah selalu melindungi pernikahan kita. Tak terasa sudah masuk 9 tahun pernikahan. Cepat sangat waktu berputar.
Terima kasih sayang, jadi suami yang sabar, menerima aku apa adanya, tak bisa masak seperti isteri-isteri lain. Maaf belum bisa jadi isteri yang sempurna dan serba kekurangan.
Ada satu perkara yang tak pernah berubah dari suamiku dari hari pertama bertemu sampai hari ini iaitu perhatian dan kasih sayangnya dalam memperlakukan isterinya.”
Kredit: Instagram Adelia Pasha
This website uses cookies.