Masih ingat lagi filem Ghazal Untuk Rabiah yang popular sekitar tahun 90an dulu?
Wilma Muhammad merupakan pelakon utama filem ini bergandingan pula dengan hero kacak, Jamal Abdillah.
Ads
Siapa yang tidak kenal dengan Wilma aktres dan model kelahiran Lahad Datu, Sabah yang suatu ketika dulu cukup terkenal dengan imej seksi dan menggoda dalam drama mahupun filem.
Selain Ghazal Untuk Rabiah, Wilma turut membintangi filem Pasrah sekitar tahun 2000.
KEKAL CANTIK Terbaharu, menerusi Instagram peribadi Wilma memuat naik satu hantaran penampilan terkininya yang masih kelihatan cantik serta langsing.
Sekilas pandang nampak seperti baru berusia 30an je, kan?
Namun siapa sangka, usia sebenar ibu anak lima ini dah mencecah 50 tahun! Memang awet muda betul. Paling tertarik bila melihat senyuman Wilma yang sangat menawan.
Posting Wilma di Instagram dengan kapsyen “Syukur Alhamdulillah” telah meraih pujian daripada para pengikut serta peminatnya yang teruja dengan kecantikannya.
“Sweet as always.”
“Love sangat dari dulu cantik.”
“MasyaAllah cantiknya sis pakai tudung.”
Ads
“Still maintain sweet as before.”
“Lama tak nampak..Wilma makin cantikkk..”
Memetik perkongsian Wilma suatu ketika dulu di saluran YouTube Zayan My slot Kisah Inspirasi, dia mendedahkan bagaimana kisah penghijrahannya bermula dari seorang yang berimej seksi sehinggalah berkahwin dan bertudung.
“Selepas berkahwin saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup. Mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga.
Ads
“Saya tak suka bertudung. Dari sekolah sampailah masuk universiti saya cakap tidak akan pakai tudung. Kawan-kawan termasuk rakan-rakan artis juga tahun tak mungkin saya akan pakai tudung.
“Tapi bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni berubah 360 darjah,” katanya seperti yang dipetik.
Wilma kehilangan suami (pertama) pada 2011 kerana serangan jantung.
Dalam masa yang sama, Wilma memberitahu dia pernah bermimpi arwah suaminya itu.
Ulas Wilma lagi, dia selalu berdoa agar Allah SWT kuatkan imannya untuk terus istiqamah.
Untuk info, Wilma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Jun 2012. Semoga Wilma kekal bahagia dan tenang bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Wilma Mohammad
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun dengan aura personaliti wanita ini. Meskipun lama menyepi daripada dunia seni tapi Nona percaya pasti ramai peminat drama tanah air merindui lakonan dan wajah penuh kelembutan milik pelakon cantik, Siti Shahrizah Saifuddin atau mesra di sapa Eja ini!
Paling menarik perhatian ialah penampilan terkini Eja yang makin anggun dan sejuk mata memandang. Apatah lagi, Eja sudah pun meniti usia 50 tahun pada 18 Januari lepas. Namun figura ini kelihatan masih menawan dan cantik dalam kelas tersendiri.
Mengimbas kembali populariti Eja, dia mula meraih perhatian menerusi game show Roda Impian. Selain itu, Eja juga pernah membintangi beberapa filem antaranya Bilut dan dia cukup sinonim dengan watak wanita Timur yang sarat kelembutan dek kerana wajah ayu dan tutur kata yang sopan.
Disifatkan seorang selebriti yang cukup menjaga privasi diri sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni, Eja turut pernah menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Janin dalam Festival Filem Malaysia (FFM 24).
Kali terakhir Nona menemu bual Eja adalah sekitar lima tahun lalu ketika dia menjadi penghias kulit depan edisi April 2017. Waktu itu, Eja sudah pun berhijab dan makin bertambah anggun dengan imej sopan seorang muslimah.
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Eja waktu itu apabila diaju persoalan mengenai pembabitannya yang seakan sunyi dalam industri seni. “Saya tidak tahu orang lain tetapi diri saya, pada usia ini benar-benar rasa sunyi dan sepi. Mungkin Allah sedang mendidik saya untuk melepaskan cinta dunia. Itu perasaan saya hadapi.
Kini saya lebih suka bersendiri jauh dari sorotan lampu glamor yang penah dikecap dulu. Memang ada mendengar kata-kata kecil saya sudah tidak mahu bergaul lagi atau sudah sombong. Saya bukan begitu, sebenarnya mahu betul-betul manfaatkan masa yang bersisa dengan Pencipta, suami dan anak.”
Biarpun tidak lagi mewarnai arena seni namun perkongsian Eja di platform media sosial dapat mengubat kerinduan peminat terhadap dirinya.
Bukan hanya berkongsi perkembangan terkini malah Eja turut memuat naik foto anak tersayang dan suami tercinta. Lebih-lebih lagi ketika bercuti. Difahamkan pada awal Januari lepas, isteri Mohd Silahuddin Jamaluddin tersebut melancarkan produk sambal keluarannya dikenali sebagai Eishal’s Choice by Eja.
Antara perisa yang dikeluarkan termasuk Sambal Petai Putar, Sambal Mangga Murni, Sambal Kicap Koyak dan Sambal Limau Lentik.
Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Eja dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Eishal yang kini menginjak usia 13 tahun. Moga perniagaan Eja makin berkembang maju dan sukses.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pastinya ramai yang mengimpikan kehidupan bahagia seperti bekas personaliti TV, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain. Apa tidaknya, bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik dan berbakat dalam dunia penyiaran. Bahkan suri hati Raja Amir Shah ini bertuah kerana dikurniakan seorang suami penyayang dan setia serta anak-anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
Mula mencipta nama sebagai pengacara menerusi program televisyen Majalah 3 dan menjuarai program realiti Malaysia Top Host 2005, Nurul Syuhada bakal mencecah usia 40 tahun pada November nanti.
Meskipun bakat wanita kelahiran Negeri Sembilan ini mampu bersinar lebih jauh namun Nurul Syuhada Nurul Ain nekad memperlahan karier pengacaraan sejak mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu.
Difahamkan suami tercinta, Raja Amir Shah merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah institusi perbankan.
Nurul Syuhada sah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa pada 16 Julai 2012. Menerusi perkongsian di media sosial, dia menzahirkan rasa syukur kerana usia perkahwinan mereka sudah pun menjangkau lebih sedekad.
Lebih istimewa, suami kesayangan turut menghadiahkan perhiasan bunga orkid putih dan sekeping kad ucapan sebagai tanda penghargaan kepada isteri tercinta.
13 tahun hidup sebagai suami isteri, pasangan ini bahagia dengan kehadiran sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal.
Tanggal 20 Jun 2023, Nurul Syuhada dan suami menerima jemputan sebagai jemaah haji dan berkongsi pengalamannya mengerjakan rukun Islam kelima itu di media sosial.
Turut menemaninya ialah suami tercinta yang sama-sama menunaikan ibadah haji biarpun ia merupakan kali kedua dia melaksanakan ibadah itu.
Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes, Marimar dan Rosalinda sekitar tahun 90an ini? Kecantikan mempersona yang dimiliki selebriti Mexico tersebut nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri berkenaan hingga ke hari ini.
Tahun ini, Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda genap berusia 50 tahun pada 26 Ogos. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah, sedikit pun tak menggambarkan umur sebenar Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!
Jelitawan ini juga sudah 21 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music. Hasil perkongsian hidup selama lebih 2 dekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun.
Tommy yang memiliki kerjaya sebagai penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000 dalam sebuah majlis perkahwinan gilang-gemilang.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan kosmetik, tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah. Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 17 juta peminat!
Nama Thalia turut terukir di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2013 sementara suaminya pula menerima pengiktirafan sama pada tahun 2019.
Alahai, sudahlah cantik… kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Dua tahun lalu, Thalia hadir dengan lagu duet ‘No Me Acuerdo’ bersama Natti Natasha yang memperoleh lebih 1.2 bilion tontonan di YouTube!
Terbaharu, video muziknya berjudul Cancelado yang baharu saja dilancarkan lima hari lepas sudah mencatat lebih 100 ribu tontonan. Pendek kata, apa sahaja video atau aktiviti Thalia pasti mencecah jutaan perhatian daripada peminat!
Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing.
Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan fleksibiliti badan.
Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh menawan seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia 50 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Kredit foto: Instagram Thalia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...