Beauty with brain. Istilah ini barangkali boleh digunakan untuk menceritakan tentang Wee Yun Nee atau lebih dikenali dengan nama Mekyun, seorang gadis berbangsa Cina, yang semakin popular di media sosial terutamanya TikTok dan Instagram. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang jelita, malah Mekyun merupakan seorang pelajar yang cemerlang sepanjang pengajiannya.
Berjaya menarik minat ramai pengguna media sosial dengan kefasihannya bertutur dalam dialek Kelantan, Mekyun merupakan seorang graduan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.
Menjadi salah seorang graduan yang menerima Anugerah Naib Canselor sewaktu pengajiannya di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda, Mekyu dikenali sebagai pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademiknya. Malah, dia turut menerima Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik pada peringkat ijazah sarjana muda.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, baru-baru ini juga, Mekyu berkongsi sebuah lagi kejayaan hidupnya apabila wajahnya terpampang megah menghiasi papan iklan gergasi UTHM.
View this post on Instagram
Still tak percaya Mekyun masuk billboard besr ni! So proud of my dear self, achievements and how far I’ve come. This goes out to my family, friends and korang semua!! Mekyun sayang sangat dekat korang tau!!
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan ramai yang memuji serta menjadikannya sebagai sumber inspirasi. Mekyun juga turut meraikan momen istimewa itu dengan mengambil foto bersama-sama dengan ahli keluarganya di hadapan papan iklan gergasi tersebut yang terletak di pintu masuk universiti itu.
Memiliki pengikut seramai 230 ribu di Instagram serta 648 ribu di TikTok, Mekyun tidak menjadikan dirinya sebagai influencer malah kini dia menggalas tugas sebagai Growth Executive di Teleport by AirAsia.
Sumber gambar: Instagram Mekyun