Wajah-Wajah Anak Glamor 2017, 9 SELEBRITI WANITA Bergelar Ibu Ini Tetap Cantik & Hot!

Tiga hari sudah tahun 2017 melabuhkan tirai. Namun kenangan indah yang terpahat sepanjang tahun 2017 melakar momen mengujakan buat sembilan selebriti wanita ini. Bergelar ibu buat kali pertama dan menimang cahaya mata kedua untuk kesekian kalinya tetap menghimpunkan 1001 perasaan buat mereka.

Jom imbas detik kelahiran bayi comel 9 pasangan selebriti pilihan Nona!

Mengimbas kembali kelahiran bayi glamor pada 2017, pasangan merpati dua sejoli Akim Ahmad dan Stacy yang berkahwin pada 5 Februari 2016 menerima penyeri alam rumah tangga pada 17 Februari 2017. Bayi perempuan comel yang dilahirkan pada petang Jumaat itu diberi nama Eshaal Binti Afiq Hakim.

1) AKIM AHMAD & UMMU SHAIKHAH STACY ANAM

Nama anak: Eshaal Binti Afiq Hakim

Tarikh Lahir: 17 Februari 2017

Aktres Lisa Surihani sekali lagi dikurniakan nikmat untuk menjadi ibu buat kali kedua pada 23 April 2017. Isteri kepada Yusry Abdul Halim yang juga ibu kepada cahaya mata sulungnya, Yahaira Leanne akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki comel diberi nama Yusof Leonne. Nampaknya sudah sepasang anak Lisa dan Yusry. Tahniah!

2) LISA SURIHANI & YUSRY ABDUL HALIM

Nama anak: Yusof Leonne (anak kedua)

Tarikh Lahir: 23 April 2017

Tak sampai sebulan, iaitu pada tanggal 9 Mei 2017 isteri kepada pelakon lelaki handalan Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin selamat melahirkan anak sulung mereka Syeriv Samheizy di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital. Walaupun dilahirkan secara pembedahan, tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

3) SYATILLA MELVIN &SHAHEIZY SAM

Nama anak: Syeriv Samheizy

Tarikh Lahir: 9 Mei 2017

Menjelang Julai, Aliff Aziz akhirnya bergelar bapa apabila Bella Astillah selamat melahirkan anak lelaki sulung mereka dengan berat 2.91kg pada 8 Julai 2017. Permata hati Bella dan Aliff ini diberi nama Mohamad Ayden Adrean.

4) BELLA ASTILLAH & ALIFF AZIZ

Nama anak: Mohamad Ayden Adrean

Tarikh Lahir: 8 Julai 2017

Berkongsi pada bulan sama, isteri angkasawan negara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar melahirkan anak kembar lelaki yang merupakan zuriat ketiga dan keempat mereka. Ketika mengandungkan Sheikh Adam dan Sheikh Noah, Dr Halina sering mencuri tumpuan ramai kerana sering tampil menarik dan bergaya.

5) DATIN DR HALINA MOHD YUNUS & DATO’ DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR

Nama anak: Sheikh Adam & Sheikh Noah (anak ketiga & keempat)

Tarikh Lahir: 27 Julai 2017

Beberapa hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan, Diana Rafar pula selamat melahirkan anak keduanya hasil perkongsian hidup bersama Zamarul Hisham. Bayi perempuan seberat 3.4 kg yang dilahirkan di DEMC Specialist Hospital itu diberi nama Kayla Reysha.

6) DIANA RAFAR & ZAMARUL HISHAM

Nama anak: Kayla Resha

Tarikh Lahir 22 Ogos 2017

Duta Baskin-Robbins Malaysia, Amyra Rosli bergelar ibu pada tanggal 15 Oktober 2017 selepas mendirikan rumah tangga bersama Amar Baharin pada 11 November 2016. Untungnya, peminat Amyra dan Amar berpeluang melihat kecomelan Aqeef Anaqi melalui program realiti The Adventure of Aqeef Amyramar.

7) AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN

Nama anak: Aqeef Anaqi

Tarikh Lahir: 15 Oktober 2017

Selepas sembilan bulan menanti, puteri kepada pereka fesyen ternama Dato’ Jovian Mandagie selamat dilahirkan dengan berat 3.37kg pada 1 November 2017. Datin Nina Sabrina melahirkan zuriat sulung mereka Jeanelle Nika Mandagie secara pembedahan.

8) DATIN NINA SABRINA ISMAIL SABRI & DATO’ JOVIAN MANDAGIE

Nama anak: Jeanelle Nika Mandagie

Tarikh Lahir: 1 November 2017

Zaheen Yusuf merupakan anak kedua bagi pasangan Fouziah Gous dan suami, Md Zhafran yang lahir pada 9 November 2017. Zaheen dilahirkan di DEMC Specialist Hospital dengan berat 3.04kg.

9) FOUZIAH GOUS & MD ZHAFRAN

Nama anak: Zaheen Yusuf (anak kedua)

Tarikh Lahir: 9 November 2017

Antara senarai selebriti yang melahirkan anak selepas itu termasuk Ezatty Abdullah, Mawar Abdul Karim, dan Datin Zizie Izette yang melahirkan anak kembar.

 

 

 

 

 

 

IKLAN
Share