Teknologi dan rangkaian media sosial yang wujud hari ini menghidangkan 1001 kemudahan kepada pengguna siber. Tidak sekadar dijadikan medium berkomunikasi, ia juga digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan termasuk memasarkan perniagaan, mencari peluang pekerjaan dan tidak kurang juga sebagai saluran menyebar maklumat. Tapi ingat, perkara yang disampaikan tersebut haruslah tepat!
Mengambil kelebihan dunia siber untuk mengajak orang ramai berbuat kebaikan, coretan yang dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Acaii Jawe dalam Twitter nyata menarik perhatian ramai. Perkongsiannya cukup ringkas namun besar manfaat bagi mereka yang masih belum arif tentang solat berjemaah. Apa yang pasti, keprihatinan lelaki tersebut mengenai perkara ini wajar dipuji dan seharusnya menjadi ikutan buat para pengguna media sosial yang lain.
Berikut informasi yang di’tweet’ Acaii Jawe:
Basic solat berjemaah yang ramai masih tak tahu.
“Ada solat dekat satu masjid, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Kemudian beliau berdiri. Punyalah ramai jemaah belakangnya tegur ‘Subhanallah’. Aku yang sudah berdiri ini harap sangat janganlah Imam pergi duduk balik. Tiba-tiba Imam duduk balik terpaksa Mufarraqah.
Sebab itu ada sebut supaya yang dekat belakang Imam kena orang yang berilmu. Bila Imam batal dan keluar solat, dia orang yang boleh gantikan Imam. Boleh juga tegur kesilapan Imam. Orang yang saf-saf belakang itu kalau boleh diam je.
Ada juga pengalaman berhenti dekat satu surau, sudah rakaat ketiga tiba-tiba Imam batal ketika duduk antara dua sujud (terkentut). Tiba-tiba semua jemaah bubar dan solat semula. Sepatutnya, orang belakang Imam ambil alih jadi Imam dengan kuatkan suara. Tak perlu ke depan tak mengapa.
Pengalaman dekat masjid kampung sendiri ketika solat Asar, Imam berdiri selepas rakaat keempat. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu sudah rakaat kelima. Imam sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut semua batal solat.
Ilmu yang kita semua kena belajar lebih daripada ilmu lain sepatutnya tentang solat. Kalau membaca, tengok video mungkin tak sampai setengah jam. Tapi ilmu itu kekal sampai kita mati.”
Soalan mengenai solat berjemaah
Jawapan : Makmum boleh tunggu Imam dekat tahiyat akhir dan bagi salam bersama Imam (agar dapat berjemaah) atau terus bagi salam (dikira solat sendiri).
Jawapan: Mufarraqah bererti tukar kepada niat solat bersendirian dan keluar dari solat berjemaah bersama Imam.
Moga ilmu yang dikongsikan ini membawa manfaat kepada seluruh umat Islam.
This website uses cookies.