“Waktu Sakit, Baru Kita Sedar Siapa Yang Sayangkan Kita” Fasha Sandha Keluar Hospital, Syukur Mata Kanan Masih Sempurna!

Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini turut menjadi hari bermakna buat aktres Fasha Sandha yang akhirnya dibenarkan keluar daripada hospital selepas insiden kemalangan yang menimpa.

Terkenal sebagai seorang wanita matang dan profesional, beliau yang ditemani suami turut menitipkan pengalaman sepanjang berehat panjang.

“Assalamualaikum. Kali ni menaip menggunakan sebelah mata. Mujur mata kanan masih sihat sempurna.

First of all, syukur Alhamdulillah, terima kasih buat Mama. Mungkin kerana kebaikan dan doa-doa mama, Allah melindungi mata kanan saya. Juga sy pasti doa daripada suami, anak-anak saya, keluarga, peminat, sahabat, jiran-jiran dan kucing-kucing peliharaan saya, saya terus kuat.

Saya tidak pernah rasa tertekan, tidak mahu menyalahkan sesiapa, saya anggap Allah hanya ingin saya berehat seketika.

 

 

Ya, 8 hari yang begitu panjang buat saya, pertama kali admitted di hospital kerana injured. Pertama kali menggunakan personal medical card dan personal insurans yang saya ambil sejak tahun 2004.

Saya tak pernah bermalam di hospital kecuali ketika bersalin. Itu pun hanya 1 malam.” Fasha Sandha

 

“BENDA NAK JADI”

Sambung beliau lagi, insiden di set penggambaran drama itu banyak memberi pengajaran kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam industri seni.

Fasha Sandha dikejarkan ke hospital pada selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika melakonkan babak tegang bersama aktor Azhan Rani. Tulang mata kirinya patah selain bebola mata bengkak selepas terhentak di bucu katil yang tajam.

“Ya, ‘benda nak jadi…’ Apa kita boleh buat. Kita cuba sehabis baik, kita buat yang terbaik tapi kemalangan tetap terjadi.

Dalam hati saya ini, saya hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh, malah pada hari kejadian, saya hanya fikir ingin habiskan tugas tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan.

Di kala kesakitan, baru kita sedar, siapa yang betul-betul sayangkan kita. Saya tidak akan lupakan momen-momen percutian di hospital selama 8 hari 7 malam.

Fasha disamping anak-anaknya Rayfal, Jemyma dan Aisha

 

Kepada yang bertanya keadaan saya ketika ini, fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan darah beku.

Walaupun begitu, saya tetap bersyukur. Mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya, daripada ujian ini.

Saya dah boleh discharge hari ni Alhamdulillah.” Fasha Sandha

 

WANITA KUAT

Sepanjang ‘penginapan’ lebih seminggu di Hospital KPJ Ampang Puteri, kamar Fasha Sandha tidak putus-putus dikunjungi pelawat terdiri kaum keluarga dan sahabat handai.

Tidak lupa mengucapkan penghargaan, Fasha Sandha sempat menitipkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak.

“Special thanks buat mama yang tolong menjaga anak-anak saya, suami yang menemani saya di hospital, buat baby yang masakkan untuk saya, Cikna yang urut saya ketika saya masih kabur, maktok yang buat doa selamat buat saya.

 

 

Team Radius One; Encik Sham Encik Ijat yang tak jemu-jemu berdoa dan bertanya khabar, Penerbit, Pengarah dan Team TV3, buat Fiza dan Nisya yang bersama sejak hari pertama, misi-misi dan doktor KPJ PUTERI JB dan KPJ AMPANG PUTERI.

Momen-momen yang saya takkan lupakan sampai bila-bila. Doakan agar mata saya kembali pulih sepenuhnya seperti gambar terakhir.” Fasha Sandha

Share
Published by
Norzalina